web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Tidak Layak Beri Kenyataan Selagi Gagal Bantu Panggil Menantu Hadapi Tuduhan Pecah Amanah – Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 11:01AM

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak memberi kenyataan berkaitan sebarang perkembangan semasa negara termasuk isu politik.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata ini kerana Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang menghilangkan untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

"Jangan cakap mengenai Kuala Kubu Baharu atau PRK (Pilihan Raya Kecil). Bawa pulang menantu anda dulu, kemudian baru anda berada di kedudukan yang lebih baik untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja, kerana dia (menantu Muhyiddin) sedang melarikan diri daripada undang-undang.

"Sepatutnya sebagai pemimpin, beliau (Muhyiddin)seharusnya menjadi contoh yang baik untuk mengarahkan menantu beliau balik ke Malaysia dan berdepan dengan siasatan yang telah dimulakan.

"Jika gagal lakukan perkara asas ini, maka saya rasa beliau tiada 'moral standing' untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja," kata Fahmi ketika ditemui pemberita selepas hadir majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@Lembah Pantai di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan Muhyiddin sebelum ini mengenai Kerajaan Perpaduan. 

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan ekoran kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Lee Kee Hiong daripada DAP meninggal dunia pada 21 Mac lepas, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian berlangsung pada 11 Mei, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

Pada pilihan raya negeri tahun lepas mendiang Lee berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu mengalahkan Teoh Kien Hong (Gerakan), Siva Prakash Ramasamy (Muda), dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 4,119 undi. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad