web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sanusi, Saifuddin Belum Habis ‘Bertelagah’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 1:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Perbalahan antara dua 'jeneral perang' di Kedah iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilihat masih lagi berterusan.

Kali ini kedua-dua mereka saling menyalahkan satu sama lain berikutan ketiadaan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah sejak lebih setahun lalu.

Menjawab dakwaan Saifuddin semalam kononnya mesyuarat tersebut tidak diadakan kerana sikap Muhammad Sanusi yang sering menghebahkan maklumat penting mesyuarat kerajaan kepada umum, Menteri Besar Kedah tersebut hari ini tampil dengan kenyataan panjang lebar bagi menafikan tuduhan berkenaan.

Sebaliknya menurut Muhammad Sanusi, Saifuddin perlu mengakui bahawa masalah tersebut berpunca dari diri Setiausaha Agung PKR itu sendiri.

"Alasan kononnya saya suka membocorkan maklumat mesyuarat dalam ceramah politik di cawangan adalah tidak masuk akal. Sudah lama ceramah di cawangan tidak diadakan di Kedah.

"Umum mengetahui bagaimana Saifuddin gedik berlebihan bermain politik keterlaluan, mengeksploitasi maklumat kerajaan dan menggunakan kuasa agensi Persekutuan untuk memburukkan kerajaan Kedah khususnya mencipta pelbagai isu menekan dan merosakkan reputasi Menteri Besar, Exco serta pegawai kerajaan negeri dalam ceramah politik sejak dilantik sebagai menteri.

"Gedik berlebihan itu semakin menjadi-jadi terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah dan beliau turut disaman atas gedik berlebihan itu," katanya.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri serta Muhammad Sanusi adalah pengerusi bersama MTPN Kedah dengan kedua-dua mereka sepatutnya bekerjasama bagi menjayakan mesyuarat tersebut demi pembangunan negeri ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau berpendapat Saifuddin tidak mempunyai gambaran sebenar mengenai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat MTPN ketika kuasa memanggil mesyuarat itu terletak kepada Menteri Persekutuan walaupun mereka adalah pengerusi bersama. 

Selain itu, katanya, kebimbangan Saifuddin mengenai kebocoran maklumat rahsia kerajaan hanyalah alasan mengada-ngada kerana semua maklumat kerajaan akan sampai ke pengetahuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri yang dipengerusikan Menteri Besar apabila tiba masanya.

"Belum ada kejadian bocor maklumat selama empat tahun ini. Tambahan pula, menunggu peringkat ini (maklumat sampai kepada MMK) akan hanya melambatkan pelaksanaan projek.

"Mesyuarat MTPN penting sebagai punca kuasa sesuatu arahan segera dikeluarkan kepada agensi mahu pun jabatan untuk mempercepatkan dan melicinkan proses pelaksanaan sesuatu projek.

“Jangan-jangan beliau sebetulnya malu untuk nak bermesyuarat bersama?" katanya.

Tidak berakhir di situ, Muhammad Sanusi mendakwa mesyuarat MTPN itu tidak pernah berlangsung sejak November 2022 dengan beliau pernah memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar menteri lain sebagai Pengerusi Bersama MTPN Kedah dalam satu mesyuarat di Putrajaya beberapa bulan lalu.

"Saya telah hadir mesyuarat di peringkat lebih tinggi dan lebih besar bagi negara seperti Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara, Majlis Air Negara, Majlis Kerajaan Tempatan, Majlis Perancangan Fizikal Negara dan seumpamanya tanpa sebarang masalah.

"Tidak ada rahsia kerajaan yang bocor pun. Sebetulnya, Saifuddin kena mengakui bahawa hal ini masalah dirinya sendiri dan bukan masalah saya," katanya. 

Terdahulu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lepas, Muhammad Sanusi mendakwa Saifuddin tidak pernah memanggil beliau untuk bermesyuarat bagi membincangkan projek infrastruktur kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Ketika diminta mengulas perkara itu semalam, Saifuddin menegaskan bahawa Muhammad Sanusi tidak perlu merungut kerana sikap Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu sendiri yang tidak menjaga kertertiban dan etika mesyuarat memandangkan mesyuarat rasmi kerajaan kebanyakannya bertaraf rahsia besar dan sulit.

Dakwa Saifuddin, Muhammad Sanusi sering memperlekehkan kejadian yang berlaku dalam mesyuarat dan menggunakan maklumat untuk berceramah kepada PAS cawangan sedangkan maklumat disampaikan tidak memberi gambaran sebenar.

Saifuddin bagaimanapun menegaskan, ketiadaan mesyuarat bersama Muhammad Sanusi tidak memberi sebarang kesan terhadap tugas dan peranannya sebagai Pengerusi Bersama MTPN dalam memantau pelaksanaan projek Persekutuan di Kedah. – Getaran, 11 Mac 2024.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar