web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Setiausaha Politik Anwar Saman Ahli Parlimen Machang, Tuntut Ganti Rugi RM10 Juta

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 4:41PM

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menuntut Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membayar ganti rugi berjumlah RM10 juta atas dakwaan memfitnahnya.

Farhash Wafa selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co di Mahkamah Tinggi di sini, pada 22 Jan lepas, dengan menamakan Wan Ahmad Fayhsal sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh media, Farhash Wafa mendakwa Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu telah membuat kenyataan fitnah terhadapnya pada sidang media di pekarangan Bangunan Parlimen, 14 November tahun lepas. 

Bekas Pengerusi PKR Perak itu mendakwa, kenyataan itu bermaksud antaranya beliau (plaintif) telah menawarkan rasuah atau mengugut Ahli Parlimen lain untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan kerajaan semasa.

Plaintif turut mendakwa, kenyataan itu juga bermaksud kononnya beliau telah bersekongkol atau memberi arahan kepada individu yang dikenali sebagai "Datuk Botak", bagi menawarkan rasuah atau mengugut Ahli Parlimen lain untuk memperoleh sokongan kepada Perdana Menteri di Parlimen. 

Selain itu, Farhash Wafa berkata, kenyataan itu juga menggambarkan kononnya beliau telah menyalahgunakan kedudukan dan reputasinya sebagai individu ternama di dalam negara.

Menurut plaintif, kenyataan fitnah itu telah diterbitkan di beberapa media sosial iaitu YouTube Rasmi Parlimen Malaysia, TikTok dan WhatsApp, yang mana ia boleh dilihat oleh individu di dalam dan luar negara yang menggunakan aplikasi berkenaan.

Farhash Wafa mendakwa, kenyataan fitnah itu adalah niat jahat defendan untuk memusnahkan reputasi plaintif bagi menagih sokongan orang ramai terhadap defendan atau parti politik selain memprejudiskan serta merendahkan perwatakan profesional dan kepimpinan plaintif sebagai rakyat Malaysia.

"Defendan juga mahu memalukan saya yang merupakan pengerusi dan pengarah beberapa syarikat tersenarai awam seperti 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad dan Apex Equity Holdings Berhad," dakwa plaintif. 

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas sebanyak RM10 juta dan ganti rugi pampasan, am, teruk serta teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya daripada Wan Ahmad Fayhsal.

Beliau juga memohon antaranya satu perintah injunksi bagi menghalang Wan Ahmad Fayhsal atau mana-mana ejennya daripada mengulangi kenyataan berbaur fitnah itu dalam apa cara sekalipun dan memohon perintah mahkamah supaya defendan memadamkan hantaran yang dibuat di mana-mana laman sosial kawalannya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar