web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Selesai Ambil Keterangan Hadi Awang – KPN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 7:50PM

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan" pada 20 Februari lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata kertas siasatan Ahli Parlimen Marang itu akan diselesaikan dalam kadar segera.

"Kemudian kertas siasatan kami akan lengkapkan dan esok kami akan hantar ke Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC)," katanya secara ringkas melalui nota suara ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu, dua pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman hadir bagi merakam keterangan Abdul Hadi pada 2.19 petang di ibu pejabat parti berkenaan.

Tinjauan Bernama mendapati kedua-dua pegawai dilihat meninggalkan bangunan pada 3.18 petang setelah selesai merakam percakapan Ahli Parlimen Marang itu. 

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaiman, berkata Abdul Hadi telah mengutuskan sebuah Warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai kandungan warkah itu, katanya ketika ditemui media selepas pihak polis selesai merakam keterangan Abdul Hadi, di sini hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad