web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencen Ahli Politik: PM Bincang Peringkat Kabinet Sebelum Bawa Ke Parlimen

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 9:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.

Beliau berkata sebagai satu tanggungjawab moral, perkara itu perlu dibentang dan dijelaskan sepenuhnya berikutan sukar untuk dirasional sekiranya pemansuhan pencen dikecualikan bagi orang politik.

"Ada orang tanya bagaimana pula orang politik, sistem berbeza tapi saya fikir munasabah kalau kita kaji, kaji sekali, kalau penjawat awam tak ada, orang politik pun tak ada tapi ia tertakluk kepada kelulusan di Parlimen. Kalau jadi dan Kabinet bersetuju, saya (akan) bentangkan (di Parlimen).

"Kalau ada kebetulan Ahli Parlimen nak tolak, itu dia tolak la, saya bentangkan sebab dari segi tanggungjawab moral, bagaimana boleh kita bentangkan kepada awam dengan alasan kukuh dari segi ekonomi tetapi diberikan pengecualian kepada orang politik, sukar saya mahu rasionalkan.

"Saya belum bentang kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk perbincangan awal tetapi kalau mereka mahu elaun khas lain sebagaimana penjawat awam, kita boleh bincang tetapi dari segi konsistensi dalam memperkenal dasar, itu kita perlu bersama," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan (Ketua-Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan) di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Anwar juga berkata cadangan memansuhkan sistem pencen penjawat awam disuarakan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an namun ia tidak dilaksana.

Beliau berkata isu itu perlu dijelaskan sepenuhnya kepada orang awam termasuk perkara yang membabitkan implikasi ekonomi sekali gus memastikan penjawat awam tidak merasakan mereka kerugian dengan sistem persaraan baharu.

".. tapi saya nak tanya, kalau kita teruskan bagaimana kesannya kepada ekonomi negara, kita tak mampu teruskan, negara kaya semua dah hentikan skim pencen ini, tidak mampu bertahan.

"Ada yang anggap bagaimana orang yang dapat pencen sekarang? Itu tidak boleh disentuh, ia akan diteruskan, bagaimana penjawat awam baharu?

“Elaunnya tetap sama, tidak terkesan, jadi biar JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) cerakin dan buat pengumuman berikutnya," kata beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 minit yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad