web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Mesyuarat Khas Bincang Pelantikan Yang Dipertua Negeri Baharu - Pejabat Premier Sarawak

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 10:39AM

Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pejabat Premier Sarawak hari ini menafikan terdapat perbincangan mengenai pelantikan Yang Dipertua Negeri baharu dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak hari ini, pihaknya ambil maklum mengenai laporan media yang menyatakan bahawa terdapat mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Berhubung perkara tersebut, Pejabat ini ingin menjelaskan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat untuk tujuan sedemikian," menurut kenyataan itu.

Kelmarin, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelantikan Yang Dipertua Negeri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baru-baru ini, dilaporkan Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melepaskan jawatannya dan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014, bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad