web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Percubaan 'Tebuk Atap' Akan Gagal, Kerajaan Perpaduan Ada ‘Bumbung Konkrit’ – PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 8:38PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi dialog Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang turut disertai kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata percubaan terdesak pembangkang untuk langkah 'tebuk atap' tidak akan berjaya kerana Kerajaan Perpaduan yang diterajui 18 parti komponen mempunyai 'bumbung yang konkrit'.

Sepanjang setahun menerajui kerajaan, Perdana Menteri mengakui tidak pernah sekali pun berlaku pertelagahan disebabkan perbezaan dasar parti masing-masing.

"Bumbung kita bumbung konkrit. Sekarang ini di Putrajaya tidak ada tebuk atap.

"Percubaan tebuk atap ni, ada yang kata Ogos tetapi saya fikir kita ada kekuatan. Saya dalam Jemaah Menteri belum ada sekali pun pertelagahan atas nama perbezaan parti, perbezaan pendapat masing-masing ada," katanya pada sesi dialog Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Sesi itu turut disertai kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar berkata berdasarkan kekuatan parti-parti komponen, kerajaan akan memberikan tumpuan penuh untuk mengangkat Malaysia sebagai negara maju dan hebat di rantau ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata pandangan masyarakat bahawa beliau bekerja sendirian untuk menguruskan negara, adalah tidak benar dan ia adalah persepsi yang perlu diubah.

Katanya setiap Jemaah Menteri memainkan peranan penting dalam mengemudi kementerian masing-masing dan beliau sendiri tidak terlibat secara langsung.

"...itu sebab kita adakan pameran ini (Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI) supaya dilihat peranan setiap kementerian. Kita bermesyuarat setiap minggu, tentang ekonomi, kewangan, KKR (Kementerian Kerja Raya), kesihatan, pendidikan, komoditi, MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri).

"Kalau tengok MITI, ratusan bilion, itu bukan kerja Anwar seorang, tidak mungkin... Itu maknanya menteri berkenaan (bekerja keras)," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kesemua parti kekal memberikan dukungan penuh kepada Anwar untuk terus menerajui pimpinan Kerajaan MADANI.

"Malah dalam setiap mesyuarat, sekretariat memberikan laporan, jika pun terdapat perbezaan pandangan di akar umbi, maka itu bukan pendapat parti tetapi pendapat individu," katanya.

Turut senada, Fadillah berkata kesemua parti komponen akan bersama-sama Kerajaan Perpaduan untuk bergerak maju mentadbir negara serta fokus kepada usaha meningkatkan kekuatan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

"Satu tahun dah kita capai, insya-Allah dalam empat tahun kita akan menjadi sebuah negara lebih makmur, kesejahteraan rakyat akan terpelihara. Berilah sokongan kepada kita, kita akan bekerja lebih keras lagi," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar