web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isham Akan Terima Surat Status Keahlian Dalam Masa Terdekat – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 6:27PM

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil dikatakan akan menerima surat pemecatannya daripada UMNO dalam masa terdekat. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Dia (Isham) akan terima surat dalam masa terdekat,” kata Ahmad Zahid secara ringkas sebagi menjawab kenyataan Isham yang mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada UMNO mengenai status keahliannya yang dilaporkan dipecat daripada parti.

Timbalan Perdana Menteri itu ditemui pemberita selepas majlis pelancaran MyNext TVET dan Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama (MoC) Transformasi TVET, antara kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 6 Dis lepas, bersetuju memecat Isham daripada parti dipercayai susulan kritikannya terhadap parti, yang dilihat bertentangan dengan pendirian UMNO sebelum ini dalam usaha memperkukuh Kerajaan Perpaduan.

Mengenai kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa parti itu semakin lemah dan mempunyai ahli bersifat duri dalam daging, Ahmad Zahid berkata kenyataan Dr Azyraaf Wajdi itu mempunyai kebenarannya.

“Sejak 2018 lagi, kita menyaksikan pelbagai watak dalaman yang menjalankan kerja-kerja seperti tikus membaiki labu,” katanya.

Justeru Ahmad Zahid berkata apa yang sedang dilakukan oleh kepimpinan UMNO pada masa ini, terutamanya Majlis Perkaderan dan Latihan UMNO ialah menjalankan latihan-latihan berbentuk baharu yang bertujuan bukan sahaja menyerap kembali semangat, tetapi rasa kerja sepasukan dalam kalangan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO.

Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri itu membidas dakwaan kononnya UMNO tidak mengamalkan sistem demokrasi dalam parti.

“UMNO sentiasa melayani perbedaan pendapat dalam kalangan ahli mahupun pemimpin, namun jangan sampai mengecam parti dari dalam dan merosakkan parti.

“Kita mahu tenaga muda ini yang berada dalam UMNO sama ada (sayap) Puteri atau Pemuda untuk terus menyumbang (kepada parti) dan kita juga telah membuka keahlian melalui permohonan atas talian. Kami tiada masalah untuk peroleh ahli muda dan baharu,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar