web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCA Sedar Sudah Tidak Diperlukan - Ketua Penerangan UMNO Kedah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 8:13PM

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pemimpin MCA disifatkan takut dengan bayang-bayang sendiri selepas membidas kepimpinan UMNO susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata ia berikutan parti komponen BN itu menyedari ia sudah tidak diperlukan lagi untuk mendapatkan undi masyarakat Cina.

Beliau berkata, kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membolehkan PH mendapat sokongan pengundi Cina menerusi DAP yang kini menjadi pilihan kaum itu.

Dalam keadaan sekarang katanya, pihak yang harus menerima hakikat bahawa mereka sudah kehilangan pengundi adalah MCA dan bukannya UMNO.

"Saya sangat terkejut dengan kenyataan Teik Cheng (Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng) yang menyalahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Bagi saya, pihak yang perlu menerima hakikat dan kenyataan kehilangan pengundi adalah MCA dan bukannya UMNO.

"MCA hanya mampu menang dua daripada 44 kerusi saja yang ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Adakah dua kerusi itu sudah cukup menunjukkan kaum Cina masih bersama MCA?,” katanya dala, satu kenyataan, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, kerusi yang dimenangi MCA pada PRU-15 juga adalah ‘sedekah’ daripada UMNO berikutan ia di kawasan majoriti Melayu.

Justeru, katanya, pemimpin MCA seharusnya bersikap sedar diri sebelum membuat sebarang kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Teik Cheng kelmarin yang membidas Ahmad Zahid dengan menyatakan Presiden UMNO itu tidak seharusnya bermimpi di siang hari atau berkhayal kononnya masih ada 10,000 undi putih di Kemaman yang tidak keluar mengundi.

Menurut Teik Cheng, Ahmad Zahid sebaliknya perlu menerima hakikat bahawa sokongan orang Melayu terhadap BN terus merosot.

Terdahulu ketika mengulas kekalahan BN dalam PRK Kemaman baru-baru ini, Ahmad Zahid mendakwa prestasi buruk BN adalah disebabkan pengundi putih dari gabungan itu tidak keluar mengundi.

Pada masa sama, Shaiful Hazizy berkata, UMNO tidak kehilangan kepercayaan daripada pengundi Melayu berdasarkan ia tidak pernah hilang deposit di semua kerusi ditandingi sama ada dalam PRU, Pilihan Raya Negeri (PRN) mahu pun PRK.

"Itu bererti undi Melayu masih kuat tetapi kita perlu faham bahawa agak susah untuk akar umbi menerima kerjasama antara UMNO dengan PH.

"Dalam keadaan itu, MCA selaku rakan komponen perlu percaya dengan kekuatan kerajaan MADANI untuk menarik undi Melayu dalam PRU akan datang," katanya.

Beliau berkata, sekiranya Teik Cheng mahu menggunakan PRK Kemaman sebagai indikator betapa teruknya UMNO, pemimpin MCA itu perlu sedar bahawa calon yang dipertandingkan bukan lah ahli parti.

"Juga perlu diingat, Kemaman itu memang milik PN pun sebelum ini malah semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu dimenangi PN. Lagi pun calon UMNO itu bertanding menentang seorang Menteri Besar.

"Dalam keadaan kita tak hilang deposit dan berjaya memperolehi puluhan ribu undi di kerusi yang sangat sukar, itu jelas menunjukkan UMNO masih di hati rakyat.

“MCA sepatutnya saling membantu untuk mendapatkan undi Melayu dan bukannya membuat kenyataan bersifat 'clickbait' seperti ini yang akhirnya membuat undi Melayu hilang," katanya. -Getaran, 7 Disember 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 46 minit yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad