web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kongres PKR: Zaman Anwar Terbuka Bincang MA63

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 1:55PM

Perasmian Kongres Nasional Keadilan 2023 semalam oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketika sesi perbahasan perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023, perwakilan dari Sabah, Antakor Rasam berkata PKR adalah satu-satunya parti yang meletakkan kepentingan hak Semenanjung, Sabah dan Sarawak di dalam perlembagaan parti.

Menurutnya, ini membuktikan PKR adalah sebuah parti politik yang benar-benar berjiwa Malaysia selaras dengan semangat pembentukan negara hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

“Selama ini MA63 seolah-olah ‘disimpan’ dan ‘dirahsiakan’. Apabila Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri (ke-10), beliau melantik Timbalan Perdana Menteri dari Borneo (Datuk Seri Fadillah Yusof). Anwar juga segera membentuk Jawatankuasa Teknikal MA63 malah menjadi sejarah apabila Parlimen meluluskan pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi membolehkan wakil kerajaan Sabah dan Sarawak dilantik sebagai Anggota LHDN,” katanya.

Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 berlangsung sejak semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Menurut Fasal 5, Perkara 5.8 Perlembagaan PKR, parti itu menjunjung setia semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil antara Sabah, Sarawak dan Semenajung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka MA63.

Sementara itu, menyentuh mengenai daya saing Malaysia dalam ekonomi digital, perwakilan dari Melaka, Datuk Ginie Lim berkata kerajaan perlu mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak bagi merakyatkan ekonomi digital seperti merancakkan start up dan memperbanyakkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

"Masih ada 140 DUN (Dewan Undangan Negeri) belum ada PEDi dan kerajaan perlu memastikan setiap DUN diwujudkan PEDi bagi membantu usahawan mendigitalkan perniagaan secara dalam talian dan seterusnya menjana pendapatan sebanyak dua hingga lima kali ganda," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad