web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: Calon BN Mahu Rampas Semula Kerusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 12:32PM

Penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di sekitar Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatkan PRK ini sebagai medan perang untuk beliau merampas kembali kubu kuat BN itu. 

Bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata, beliau akan menggunakan pengalaman yang ada untuk mengatur strategi terbaik bagi menabur bakti kepada rakyat di kawasan itu, sekali gus mengalirkan semula 'warna biru' di Kemaman. 

“Setiap langkah yang saya ambil hari ini adalah untuk memberi balik apa yang saya peroleh dan dapat daripada Kemaman selama ini dan saya masuk tadi ibaratkan satu medan untuk saya perang balik dalam bentuk yang lain. 

“Dengan medan yang baik ini kita mengurus dengan baik, tidak mustahil kita akan alirkan warna biru di Kemaman,” katanya kepada media selepas menghantar borang pencalonan PRK Kemaman di sini hari ini.

Membesar di Kemaman yang menjadi kampung halamannya, Raja Mohamed Affandi berkata, beliau membuat keputusan bertanding demi untuk menabur bakti semula kepada penduduk di Parlimen berkenaan.

Sementara itu, calon PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui berkata, beliau menghormati pengalaman serta khidmat yang telah dicurahkan saingannya sebagai bekas Panglima Angkatan Tentera.

“Saya menghormati peranan beliau sebelum ini sebagai Panglima Angkatan Tentera dan setiap calon yang bertanding kita hormat sebagai rakan yang bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, tidak timbul isu mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar untuk bertanding pada PRK itu, memandangkan ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang demokrasi di negara ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Nov ini sebagai tarikh mengundi awal, manakala 2 Disember bagi hari mengundi untuk PRK berkenaan yang perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad