web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Bongkak Sangat Sanusi, Semuanya Berkemungkinan Di Hari Pengundian 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 4:53PM

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kononnya Barisan Nasional (BN) bukan gelanggang yang tepat buat bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Noor menyerlahkan sikap angkuh dan bongkak Menteri Besar Kedah itu.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, keangkuhan Sanusi yang kian ketara diyakini didorong oleh majoriti besar sebanyak 27,179 diterima calon Perikatan Nasional (PN), Alias Che Hamid dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Menurut beliau, kemenangan tersebut menyebabkan Muhammad Sanusi merasa terlalu yakin kononnya PN yang diwakili PAS sekali lagi akan mencatatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Disember depan. 

"Tetapi Muhammad Sanusi kena ingat, pada hari pengundian nanti macam-macam boleh jadi. Pengundi boleh sentiasa mengubah keputusan bergantung kepada penilaian mereka terhadap beberapa faktor. 

"Bagi saya Muhammad Sanusi jelas bersikap angkuh dan sombong apabila membuat kenyataan begitu kepada Raja Mohamed Affandi. Apabila beliau buat kenyataan itu, adakah beliau sedar bahawa ketika UMNO dan PAS masih berbaik-baik sebelum ini, pimpinan UMNO seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih berdepan 80 pertuduhan, manakala Datuk Seri Najib Razak juga sering turun naik mahkamah. 

"Adakah masa itu UMNO telah disucikan kerana berbaik dengan PAS? Kini kita lihat pula beberapa pimpinan BERSATU dituduh di mahkamah, adakah mereka itu suci semata-mata kerana mereka bersama PAS sekarang,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini. 

Selepas Raja Mohamed diumumkan sebagai calon BN di Kemaman, Muhammad Sanusi kelmarin memberi 'ingatan' kepada bekas Panglima ATM itu dengan mendakwa BN bukanlah tempat sesuai buatnya jika beliau mahu mencari integriti serta melawan rasuah. 

‘Panglima Perang PN’ itu turut menempelak BN kerana mengetengahkan calon langsung di Kemaman dengan mendakwa gabungan tersebut ketandusan calon bagi diangkat sebagai individu yang layak memimpin masyarakat di kawasan tersebut. 

Mengulas lanjut Shaiful Hazizy berkata, kenyataan dikeluarkan Muhammad Sanusi itu juga mungkin didorong oleh tekanan dihadapinya selaku Ketua Pengarah Pilihan Raya PN untuk mempertahankan kerusi Kemaman. 

"Kami hendak merampas dan mereka mahu mempertahankan. Biasanya tekanan lebih kepada orang yang mahu mempertahankan dan selaku Ketua Pengarah Pilihan Raya, Muhammad Sanusi mungkin sudah merasakan tekanannya apatah lagi PRK ini diadakan susulan keputusan dibuat mahkamah pilihan raya yang menyatakan berlaku kesalahan rasuah dalam PRU15," katanya.  

Ditanya mengenai tindakan BN meletakkan calon langsung, Shaifulz Hazizy berkata, langkah tersebut bukanlah sesuatu yang pelik, sebaliknya sudah sering dilakukan blok itu sebelum ini. 

"Ini bukan kali pertama sebaliknya dah banyak kali BN letakkan calon langsung. BN menampilkan seorang tokoh yang baik bagi memberi khidmat untuk rakyat, jadi di mana salahnya? 

"Ketika mereka tampak angkuh, kami akan hadir ke Kemaman sebagai 'underdog' tanpa mendabik dada. Kita tak mahu cakap besar, sebaliknya akan berusaha memberi tentangan terbaik kerana dalam politik, macam-macam boleh terjadi," katanya. - Getaran, 17 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Simpan Air Sempena Aidiladha Bukti Penyelesaian Isu Air Di Kedah Masih 'Jauh'

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

3

Politik 2 tahun yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

4

Sukan 2 tahun yang lalu

KDA FC Sudah Terima RM16 Juta Dari KFA Sejak Ditubuhkan - Sanusi

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad