web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Jeli Nafi Diugut, Disogok Supaya Sokong PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 5:58PM

Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI - Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menafikan tuduhan beliau diugut dan disogok oleh pihak tertentu sehingga membuatkan beliau menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak ada campur tangan 'broker politik' atau campur tangan seperti didakwa. Saya minta mana-mana pihak berkaitan supaya menghentikan sebarang kenyataan yang berunsur fitnah.

"Jika ada pihak berterusan membuat fitnah, saya tidak keberatan mengambil tindakan undang-undang," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Zahari dari BERSATU menang kerusi Parlimen Jeli mewakili Perikatan Nasional (PN).

Zahari juga mengulangi tindakan beliau menyokong Perdana Menteri demi kepentingan rakyat dan pengundi di kawasan Parlimen Jeli.

"Setakat ini saya masih belum menerima sebarang surat daripada Lembaga Disiplin parti susulan tindakan itu. Saya reda dan terima apa sahaja hukuman yang bakal dikenakan selepas ini," katanya.

Pada 8 November lalu, Zahari membuat kejutan apabila menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, sehari selepas Ahli Parlimen Gua Musang daripada PN, Mohd Azizi Abu Naim membuat keputusan yang sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad