web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guan Eng Sudah Lantik Peguam Isu Kenyataan Fitnah Siti Mastura

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 5:17PM

Siti Mastura dikatakan mengeluarkan kenyataan berkenaan dalam satu program Ameerah PAS di Kemaman, minggu lalu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sudah melantik peguam bagi memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.

Ia susulan kenyataan Siti Mastura yang juga Ketua Ameerah PAS Malaysia dalam satu program Ameerah PAS di Kemaman, pada 4 November lalu.

Menyifatkan ia sarat dengan pembohongan dan fitnah jahat, Guan Eng, berkata pemimpin PAS itu antara lain mengaitkan beliau dan bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang, sebagai sepupu kepada pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

“Saya telah melantik Datuk Sankara Narayanan Nair sebagai peguam saya untuk memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah terhadap Ketua Ameerah PAS Malaysia dan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura atas ucapan kebenciannya terhadap saya yang penuh dengan pembohongan dan fitnah jahat.

“Siti Mastura membuat ucapan kebencian itu di sebuah program Ameerah PAS di Kemaman pada 4 November lalu, sarat dengan pembohongan dan fitnah jahat,” katanya dalam satu kenyataan media yang dimuat naik melalui akaun media sosialnya.

Guan Eng berkata, Siti Mastura juga mengaitkan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok sebagai mempunyai hubungan sepupu kepada Betty Chew, iaitu isterinya.

Beliau berkata, turut didakwa mempunyai pertalian kekeluargaan adalah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan juga Kok.

Katanya, dalam ucapan Siti Mastura itu juga, beliau turut memberi tumpuan kepada sistem pengkaderan DAP dan membayangkan ia tertumpu kepada sebuah keluarga Cina untuk menekankan fikrah DAP (idea atau pun cara) yang merangkumi kedua-dua Singapura dan Malaysia.

“Beliau secara terang-terangan menggunakan hubungan kekeluargaan yang sebenarnya tidak wujud, hanya untuk menimbulkan ketakutan terhadap kedua-dua DAP dan orang Cina, adalah jelas bersifat perkauman dan ekstremis.

“Apa yang membuatkan kelakuan Siti Mastura yang tidak bertanggungjawab ini menjadi lebih teruk ialah tiada langsung sebarang rasa sesal daripada beliau bahawa ucapannya penuh dengan kebencian dengan pembohongan, bersifat perkauman dan ekstremis.

“Beliau enggan menunjukkan bukti mengenai dakwaan hubungan kekeluargaan tersebut malah tidak langsung menarik balik atau memohon maaf di atas pembohongan dan fitnah jahatnya,” katanya.

Guan Eng berkata, kenyataan Siti Mastura itu turut mendapat pujian daripada penyokong PAS hanya kerana pembohongan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan pemimpin dan penyokong DAP, serta rakyat Malaysia.

Katanya, penyokong PAS langsung tidak mempedulikan fakta bahawa Siti Mastura sebenarnya telah berbohong atau membuat kenyataan berbaur perkauman dan ekstremis selagi kenyataan tersebut menentang pemimpin DAP.

Pada masa sama, Guan Eng juga menuntut untuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyatakan pendirian berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas itu.

“Atas sebab-sebab yang saya nyatakan ini, kedua-dua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PN (Tan Sri) Muhyiddin Muhammad Yassin mesti menyatakan pendirian mereka secara terbuka sama ada mereka turut menyokong pembohongan keterlaluan dan fitnah jahat yang dilemparkan oleh Siti Mastura, atau tidak bersetuju dengan fitnah jahat ini dan meminta agar beliau menarik balik fitnah tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Guang Eng dilaporkan memberi tempoh 48 jam yang berakhir Khamis kepada Siti Mastura supaya membuktikan dakwaannya itu. – Getaran, 10 November 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad