web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Tidak Pernah Adakan Pertemuan Dengan Ahli Parlimen Pembangkang - Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 5:59PM

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sokongan yang diberikan membuktikan bahawa mereka sudah terbuka untuk bersama dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, dalam mengembalikan Malaysia ke satu landasan pertumbuhan yang baik dan keadaan politik yang stabil.

"Saya sendiri pun terkejut... tapi saya alu-alukan (sokongan). Ini menjadikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri pada waktu ini sudah pada tahap (meliputi) 150 Ahli Parlimen,” katanya selepas Majlis Pelancaran Semula Akhbar The Sun, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan tiga Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Anwar, termasuk yang terbaru Ahli Parlimen Gua Musang Datuk Mohd Azizi Abu Naim.

Oktober lepas, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman turut mengambil tindakan sama.

Mengenai persoalan sama ada kerajaan mahu mengawal selia TikTok Shop, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok sebagai kesinambungan daripada perbincangan terdahulu.

"Kami sedang bekerjasama untuk memahami lebih lanjut mengenai bagaimana TikTok Shop beroperasi. Kami dimaklumkan mereka mempunyai 300 petugas di Malaysia tetapi terdapat aspek tertentu operasi yang perlu kami teliti.

"Sudah pasti beberapa isu ini mungkin terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup atau mana-mana kementerian lain.

"Tetapi bagi KKD, ia berada dalam bidang MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sebagai pengawal selia serta isu perlindungan data peribadi. Jadi kami melihat aspek ini," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad