web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Jepak: Kemenangan Bukti Rakyat Yakini GPS, Kepimpinan Abang Jo

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 9:08AM

Datuk Amar Douglas Uggah Embas - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak membuktikan keyakinan rakyat Bumi Kenyalang terhadap kebijaksanaan serta kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam merencana dasar dan pembangunan negeri itu. 

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kemenangan dengan majoriti besar menerusi calon muka baharu Iskandar Turkee turut menandakan hanya GPS mampu diberi mandat bagi merancakkan pembangunan di Jepak. 

“Ini jelas membuktikan keyakinan rakyat dan ini ialah PRK pertama yang kita adakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN), jadi ini adalah tanda penerimaan terhadap kepimpinan Premier kita dalam mengemudi Sarawak.

“Ini menunjukkan keyakinan rakyat terhadap dasar dan program pembangunan yang telah kita laksanakan selain hala tuju yang beliau bawa ke Sarawak terutama Strategi Pembangunan PASCA COVID-19 2030,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Persekutuan Persatuan Veterinar Asia Ke-22 dan Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia Ke-33 di sini malam tadi.

Pada PRK itu, Iskandar memperoleh 9,638 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Stevenson Joseph Sumbang daripada Parti Bumi Kenyalang yang hanya meraih 854 undi dan Chieng Lea Phing, yang mendapat 431 undi.

Jumlah majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam PRN lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad