web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemenangan 'Hatrik' Di Pelangai Bukti Kerajaan Perpaduan Berjaya Tangkis Serangan Pembangkang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 5:05PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Azmizar Abu Adam di pentas kempen pada Isnin lalu. Azmizar berjaya meraih 7, 324 undi mengalahkan dua calon lain pada PRK Pelangai, semalam. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan calon Pakatan Harapan -Barisan Nasional (PH-BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai semalam dilihat sebagai satu pencapaian positif Kerajaan Perpaduan dalam memerangi segala fitnah dilempar pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia juga mencerminkan kesinambungan prestasi cemerlang antara PH-BN sejak dua PRK lepas.

"Kemenangan ini menjadi kesinambungan kecemerlangan kita di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hasil kesepaduan kerjasama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit," katanya melalui hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Anwar juga turut mengucapkan tahniah kepada penyandang baharu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Azmizar Abu Adam yang berjaya meraih 7, 324 undi mengalahkan dua calon lain.

Kemenangan di Pelangai semalam adalah kemenangan 'hatrik' buat gabungan Kerajaan Perpaduan selepas PRK Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram di Johor pada September lalu.

Anwar yang juga Pengerusi PH, berkata, kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat buat kerajaan untuk terus menaburkan khidmat buat rakyat negara ini.

"Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi Madani," katanya.

Amizar memenangi kerusi Pelangai dengan meraih majoriti 2,949 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasni yang sekadar memperoleh 47 undi.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian Datuk Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim (PN), calon PH, Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang, Isa Ahmad. – Getaran, 8 Oktober 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad