web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hadi Awang Kekal Presiden PAS, Jawatan Tertinggi Parti Tidak Dipertandingkan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 4:41PM

Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal presiden PAS selepas jawatannya tidak dicabar dalam pemilihan parti kali ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima jawatan tertinggi PAS tidak dipertandingkan, jelas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut beliau, jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga kerusi Naib Presiden mengekalkan pemimpin sedia ada ekoran tiada pencabar untuk semua jawatan itu.

"Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) dan Timbalan Presiden (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) hanya ada satu pencalonan, iaitu kekalkan jawatan yang ada.

"Tiga jawatan Naib Presiden menerima sebanyak empat pencalonan. Saya baharu terima pengesahan seorang calon menarik diri.

"Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor), dicalonkan naib presiden tetapi beliau tarik diri. Maka tiada pertandingan, (jadi ini) mengekalkan barisan naib presiden sedia ada," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Barisan-barisan Naib Presiden PAS ialah Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Seri Idris Ahmad, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Selain itu, Takiyuddin berkata Muktamar PAS kali ini akan menyaksikan pemilihan 18 orang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Jelasnya, pemilihan tersebut akan melibatkan 197 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, pihaknya meminta PAS di setiap kawasan seluruh negara menghantar pencalonan untuk jawatan yang akan dipertandingkan di peringkat Pusat, begitu juga Dewan.

"Pengerusi tetap, timbalan, presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. Kita perlu memilih seramai 18 orang AJK PAS Pusat.

“Kita telah terima pencalonan tersebut dan akan dimuktamadkan melalui satu jawatankuasa PAS Pusat tahun ini," katanya.

PAS akan mengadakan Muktamar kali ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam bermula 18 sehingga 22 Oktober ini. Getaran, 29 September 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad