web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Boleh Menang Di Pelangai Dengan Majoriti Menyusut

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 9:38AM

Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) boleh mengekalkan kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, namun dijangkakan jumlah majoriti akan berkurangan berbanding keputusan sebelum ini.

Menurut Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, perkara itu dapat dijangka dengan mengambil kira faktor peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, sama ada tinggi atau sebaliknya.

Namun, jelas beliau, BN boleh mengekalkan kerusi DUN itu, berdasarkan kepada kerjasama dan usaha yang ditunjukkan oleh jentera parti di Pahang yang disifatkan Azizuddin sebagai padu.

"Faktor BN di Pahang itu memainkan peranan penting dan saya lihat gerakan dia agak solid juga, dengan bantuan jentera di peringkat persekutuan dan negeri.

“Saya lihat peluang untuk menang itu tinggi, cuma mungkin jumlah majoriti akan kurang sikit, bergantung kepada peratusan keluar mengundi.

"Jadi pada pandangan saya, kita kena melihat pada konteks kawasan di sana (Pelangai), kita lihat corak kerjasama antara PH dan BN. Kalau calon BN... peluang untuk perpindahan undi dari PH ke BN itu akan ada," katanya ketika dihubungi Getaran.

Pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15), penyandang kerusi itu, Datuk Seri Johari Harun menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (calon Pakatan Harapan- 2,031 undi) dan Isa Ahmad (calon PEJUANG -65 undi).

PRK Pelangai adalah pilihan raya ketiga Kerajaan Perpaduan setelah ia memegang tampuk pentadbiran negara pada PRU15 November tahun lalu.

Kerajaan Perpaduan sebelum ini menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya enam negeri serta PRK Parlimen Jeram dan DUN Simpang Pulai apabila berjaya mengekalkan kedudukan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta dua kawasan PRK itu bawah pimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH), namun tidak berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang kekal dimenangi PAS.

Mengulas mengenai gelombang hijau melibatkan PN, Azizuddin berkata, bahawa pengaruh gabungan parti itu dilihat tidak mampu menggugat kedudukan kuat BN di Pelangai.

"Akan ada sokongan kepada PN, tapi tak sekuat yang sebelum ini sebab Pelangai hampir dengan Negeri Sembilan, jadi pengaruh itu ada, cuma tidak kuat.

"BN masih ada peranan besar di Pelangai dan BN juga ada peluang yang besar untuk menang di situ. Jadi saya rasa gelombang hijau tak sampai," katanya yang juga Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berkata, calon yang dikemukakan BN, Datuk Amizar Abu Abu Adam juga ahli politik yang berkredibiliti.

Jelasnya, tidak timbul isu calon kitar semula selagi calon yang ditampilkan itu memenuhi kriteria yang sewajarnya bagi bertanding untuk menjadi wakil rakyat.

"Tiada isu sebenarnya calon kitar semula ini, selagi calon itu adalah seorang yang berkredibiliti, dan calon ini pun sebenarnya orang tempatan.

"Yang paling penting sekali adalah calon tempatan, dan calon BN itu orang tempatan. Dia pun berjawatan di bahagian sebagai AJK Bahagian Bentong. Jika dilihat sebenarnya tiada isu pun beliau diletakkan sebagai calon di situ.

"Itu yang dipersetujui oleh pucuk pimpinan. Jadi saya rasa tidak timbul isu calon kitar semula, biasa orang yang timbulkan hal ini dia mesti musuh kepada BN atau UMNO, tetapi masalahnya PAS pun guna calon kitar semula juga," katanya.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kekosongan luar jangka setelah Johari terkorban dalam satu nahas pesawat pada 17 Ogos lalu.

Pada 7 Oktober ini, Amizar yang bertanding mewakili BN akan berhadapan dua lagi calon iaitu Kasim Samat dari PN dan Haslihelmy DM Zulhasli sebagai calon bebas. – Getaran, 27 September 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar