web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hukum Qazaf Jangan Dipermain, Jenayah Besar Dalam Islam - Khairuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 7:44AM

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pemimpin dan rakyat yang berpolitik tidak seharusnya terlajak bicara hanya kerana perbezaan pendirian.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, politik tidak menghalalkan hukum Islam yang haram.

Tegas beliau, qazaf yang bermaksud menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa mendatangkan empat saksi adalah jenayah besar dalam Islam, kerana melibatkan maruah seseorang.

“Hukumannya disebut dengan jelas oleh Allah dalam surah al-Nur : 4-5;

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةًأَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (4) إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (5)

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan yang terpelihara (melakukan zina) kemudian mereka tidak mendatangkan empat saksi maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan dan tidak diterima bagi mereka kesaksian selama-lamanya dan merekalah orang-orang yag FASIK. Melainkan mereka bertaubat selepas itu dan membetulkan keadaan maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Rahim,” katanya yang memetik terjemahan ayat.

Khairuddin yang juga Penasihat Hal Ehwal Agama kepada Timbalan Perdana Menteri berkata, Imam Ibnu Kathir berdasarkan ayat berkenaan merumuskan bahawa pelaku qazaf dikenakan tiga hukuman iaitu 80 sebatan, ditolak kesaksian selama-lamanya dan dihukum sebagai fasik, sama ada di sisi Allah atau manusia.

“Sekiranya pelaku qazaf bertaubat maka hukuman sebat tetap dikenakan tetapi ulama berbeza pendapat pada dua lagi hukuman.

“Menurut Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, dengan taubat itu kesaksiannya diterima semula dan hukuman gelaran FASIK juga digugurkan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Imam Abu Hanifah pula berpendapat, taubat berkenaan hanya menggugurkan gelaran fasik, tetapi kesaksian pelaku qazaf tetap ditolak selama-lamanya.

“Perbahasan ulama berdasarkan ayat di atas menunjukkan bahawa tuduhan qazaf bukannya sebarang dosa. 

“Ia membawa kepada kesaksian seseorang ditolak selama-lamanya. Bagaimana mahu menjadi pemimpin umat jika kesaksian ditolak selama-lamanya,” katanya.

Khairuddin sebelum ini dipetik sebagai berkata, Naib Presiden BERSATU, Datuk Mohd Radzi Jidin perlu bertaubat kerana  sudah melakukan qazaf ketika bertikam lidah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, Selasa lalu.

Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menuduh Anwar sebagai peliwat, selepas berang kerana didakwa terbabit mengamalkan rasuah ketika bergelar Menteri Kabinet. - Getaran, 23 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad