web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Pemecatan Ahli UMNO Tidak Dibincang Dalam Mesyuarat MT Malam Tadi – Asyraf

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 7:55AM

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu membabitkan pemecatan beberapa ahli UMNO tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi, sebaliknya tertumpu kepada usaha memperkasakan parti itu.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata isu berkaitan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil mengenai UMNO perlu bergerak solo dalam pilihan raya sebelum ini, juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat itu susulan ketidakhadirannya.

"Isu ini tidak timbul kerana keputusan Kerajaan Perpaduan sudah dibuat pada 23 Nov 2022, itu keputusan parti oleh Majlis Tertinggi (MT)... keputusan yang diambil itu adalah keputusan konsensus.

‘Saya kongsikan pada malam (keputusan) itu, 56 Ahli MT semua bersetuju dan hanya dua orang sahaja yang mempunyai pandangan berbeza.

“Tetapi, ketetapan bersama dibuat dan selepas itu tiada isu berbangkit di luar oleh mana-mana Ahli MT. Cuma baru-baru ini sahaja (ia dibangkitkan)," katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, di sini malam tadi.

 Mengenai perkembangan isu melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis yang menghadiri Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN), Asyraf Wajdi berkata perkara itu terserah kepada Lembaga Disiplin.

Terdahulu, Isham Jalil mendakwa dirinya termasuk beberapa ahli UMNO berkemungkinan dipecat daripada parti itu minggu ini, susulan tindakan lantang pemimpin terbabit mengkritik keputusan kepimpinan parti menyertai pilihan raya bersama Pakatan Harapan (PH).

Berhubung mesyuarat malam tadi, Asyraf berkata parti itu menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan kembali Konvensyen Ekonomi Bumiputera sekali gus, menawarkan untuk mengurus selia penganjurannya.

Selain itu, beliau berkata UMNO akan melaksanakan langkah penambahbaikan dan pemerkasaan parti berpandukan dapatan post-mortem keputusan enam Pilihan Raya Negeri yang telah diperincikan dan diperoleh  daripada bahagian-bahagian UMNO.

"Konvensyen UMNO bahagian-bahagian juga akan diadakan berfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti dan memberikan kefahaman kepada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi berkenaan dasar-dasar parti membabitkan prinsip dan hala tuju perjuangan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengukuhan hubungan kerjasama UMNO bersama rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan juga akan dipergiatkan bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad