Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Baru 2 Hari Di Parlimen, Wakil Pembangkang Sudah Jadi Bahan Lawak Netizen

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 5:49PM

Khlir Mohd Nor menjadi bahan jenaka di media sosial selepas 'merayu' Perdana Menteri memberi peruntukan - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Baru beberapa hari sidang khas Parlimen diadakan, tetapi wakil dari blok pembangkang sudah mula menjadi topik hangat dalam kalangan netizen. 

Selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tular kerana tidur sewaktu pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), jejaknya ‘diikuti’ pula beberapa rakan seperjuangan. 

Antara yang menjadi bualan ramai ialah Ahli Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor, selepas dengan ‘selamba’ meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen, tanpa mengira parti diwakili. 

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, Khlir dalam sidang Parlimen semalam berkata, peruntukan untuk semua Ahli Parlimen harus diserahkan kerana mereka perlu menggunakan wang yang banyak untuk kawasan masing-masing. 

Mendakwa pusat khidmatnya gagal beroperasi kerana ketiadaan peruntukan, beliau juga mengaku terpaksa menggunakan wang sendiri setiap kali menziarahi kematian atau menghadiri majlis perkahwinan. 

@halimjamal72♬ original sound - HJ shope

“Pusat khidmat saya tak boleh beroperasi kerana saya tak boleh nak sewa, saya tak boleh nak bayar gaji. Saya pergi melawat orang mati pun, satu hari mati lima ke tujuh orang. Penduduk kawasan saya 300,000 lebih, saya kena bagi sedekah guna duit saya sendiri. 

“Saya harap Yang Amat Berhormat Tambun dengar apa saya cakap ni, tolong consider. Orang sakit saya kena pergi melawat, orang yang kahwin saya kena pergi melawat, jadi duit mana saya nak pakai,” katanya. 

Kenyataan ‘separuh masak’ Khlir itu seperti dijangka mengundang kecaman, malah ramai tidak menyangka seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki pemikiran sedangkal ini. 

Nwesatria misalnya, seolah-olah tidak percaya Khlir boleh berkata demikian. 

“Bekas Panglima ATM cakap macam ini,” katanya yang turut meletakkan emoji sedih pada komen itu. 

CikguJamalah pula berkata, adalah amat memalukan seorang pemimpin boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. 

“Malunya MP (Ahli Parlimen) cakap macam ni. Rasulullah (SAW) pernah bersabda, ‘tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang meminta’,” katanya. 

Dalam situasi seakan sama, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini sekali lagi ‘mencuri’ tumpuan apabila mendakwa, kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan royalti minyak ialah kerana mereka sering diganggu ‘kerengga’ yang cuba menjatuhkan kerajaan. 

@selangortv 2 tahun PN perintah, mengapa perjanjian mengenai petroleum kekal, tiada royalti untuk Kerajaan Terengganu? #MediaSelangor #royaltipetroleum #royaltiminyak #hadiawang #leecheanchung #dewanrakyat ♬ original sound - SelangorTV

“Sebenarnya kami ini banyak benda nak urus, macam-macam kena urus. Masa kami memerintah dulu, kerengga banyak sangat mengacau, nak jatuhkan kerajaan. 

“Macam mana nak baca perjanjian ini. Kami terpaksalah pertahan kerajaan. Belah kami banyak (yang) layak menjadi Perdana Menteri. Larut (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) boleh. Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) boleh. Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) (pun) boleh,” katanya ketika menjawab soalan Lee Chean Chung (PH – Petaling Jaya) berhubung royalti minyak. 

Video sidang terbabit yang dimuat naik di akaun TikTok TV Selangor setakat ini sudah menerima lebih 58,000 tontonan dan 836 komen, dengan majoriti mengecam jawapan diberikan Ahli Parlimen Marang berkenaan. 

Sunshine misalnya, dengan sinis mengakui, jawapan Hadi tersebut amat menggelikan hati. 

“Sebagai orang Marang, aku nak gelak hahahaha apa jawapan oi hahahahahah,” katanya. 

KentalSNM pula berkata, dia akan menggunakan jawapan diberikan Hadi jika ada penyokong pembangkang bertanya mengenai isu minyak. 

“Lepas ni kalau ‘un’ tanya pasal minyak, aku nak jawab banyak benda kerajaan nak urus. Pembangkang tiap-tiap bulan nak tebuk atap,” katanya. - Getaran, 13 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

2

Politik 4 minggu yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

3

Politik 2 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Semasa 11 jam yang lalu

Inisiatif Utamakan Artis Veteran Dalam Penganjuran Majlis, Program Ringankan Beban Kewangan

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

Semasa 1 hari yang lalu

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan