web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemenangan PRK Simbolik Penolakan Rakyat Terhadap Politik Perkauman - Mujahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 8:02AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram ditakrifkan sebagai simbolik penolakan rakyat terhadap politik toksik berasaskan perkauman.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ia juga mencerminkan keengganan rakyat Johor untuk menerima eksploitasi agama yang sering didendangkan blok Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, lagu fitnah untuk melagakan keharmonian rakyat dan sesama umat Islam ditolak oleh pengundi Pulai dan Simpang Jeram.

“Ia sepatutnya diraikan oleh seluruh rakyat yang mencintai perpaduan dan membenci pemfitnah. 

“Syabas, tetapi barang diingatkan bahawa misi mengekalkan momentum Gelombang Perpaduan tidaklah mudah,” katanya.

Jelas Pengerusi PH Perak itu, jentera kerajaan perlu menempuh perjalanan panjang kerana gelombang fitnah tidak akan berhenti daripada membisik dengan suara halus ‘waswasil khannas’ untuk mengelirukan rakyat dari kalangan ‘minal jinnati wannas’. 

“Berlindunglah dengan selalu menyebut ‘Hasbunallah wa Nikmal Wakil, Nikmal Maula wa Nikman Nasir’.“Kepada yang menang beradablah dengan cara Islam iaitu dengan ‘Bertasbihlah dengan pujian kepada Tuhanmu dan beristighfar, kerana sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat’ (Al Nasr:  3),” katanya.

Suhaizan Kayat selepas disahkan memenangi kerusi Parlimen Pulai - gambar fail
Suhaizan Kayat selepas disahkan memenangi kerusi Parlimen Pulai - gambar fail

Mujahid yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, AMANAH telah membuktikan di kedua-dua kerusi berkenaan bahawa perjuangan Rahmah ini diterima oleh rakyat.

Katanya, ia juga adalah petanda bahawa legasi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayun terus segar dalam hati pengundi.

“Kerjasama PH dan Barisan Nasional (BN) di Johor kini telah menemui temponya dan diharapkan menjadi model yang boleh dibaiki di seluruh negara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

“Cakap-cakap Kerajaan Perpaduan akan bertukar pada Ogos hanyalah bisikan-bisikan jahat yang mahu melihat perpaduan dan stabiliti ditumbangkan,” katanya.

Tegas beliau, bisikan halus jahat ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

“Apakah PN ini tumpuannya semata mahu menjatuhkan kerajaan atau hendak membina negara,” katanya.

Pada PRK Sabtu lalu, Naib Pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kayat yang diturunkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pulai menang bergaya apabila memungut 48,283 undi. 

Ir Mohd Nazri Abdul Rahman (kiri) bersama Perdana Menteri semasa kempen PRK Simpang Jeram - gambar BERNAMA
Ir Mohd Nazri Abdul Rahman (kiri) bersama Perdana Menteri semasa kempen PRK Simpang Jeram - gambar BERNAMA

Beliau menewaskan pencabar terdekat, Zulkifli Jaafar dari PN dengan majoriti 18,641 undi. 

Rakan seperjuangan di DUN Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman meraih 13,844 undi untuk menewaskan saingan terdekat yang juga seorang pakar kardiovaskular, Dr Mohd Mazri Yahya (PN). - Getaran, 11 September

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar