web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nazri Mahu Dekati Anak Muda, Beri Kesedaran Kepentingan Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 5:15PM

Nazri Abdul Rahman menyantuni penduduk setempat ketika sarapan pagi di sekitar Jalan Sakeh Sungai Abong pagi ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Nazri Abdul Rahman daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan mengundi.

Beliau berkata perkara itu akan menjadi antara tugas pertamanya selepas dipilih sebagai wakil rakyat memandangkan ketika Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram yang berakhir semalam, tidak ramai anak muda dilihat keluar mengundi.

Katanya, beberapa program dirancang untuk anak muda kawasan berkenaan seperti acara sukan dan rekreasi membabitkan pelbagai kaum, yang akan dilaksanakan sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di situ.

“Kita di sini (DUN Simpang Jeram) juga akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melaksanakan program yang sesuai terutamanya bagi mereka yang kali pertama mengundi iaitu pengundi 18 tahun.

“Pemahaman kepada golongan muda ini untuk mengundi dan memilih pemimpin yang mampu bekerja untuk mereka adalah satu perkara yang penting,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Sakeh dan Batu 3 Bakri, dekat sini, hari ini.

Seorang pengundi di Simpang Jeram, Mohd Khuzai Supar, 54, berkata beliau mengharapkan Nazri mampu menggalas amanah dengan penuh dedikasi.

“Jalankan setiap yang sudah dijanjikan pada kempen lalu supaya rakyat di kawasan Simpang Jeram ini mampu menarik nafas lega selepas pemimpin yang mereka pilih adalah yang tepat, selain mengotakan apa yang diperkatakan,” katanya.

Bagi peniaga, Lim Pei Heng, 42, beliau mahu wakil rakyat yang baharu mengambil perhatian terhadap setiap permasalahan rakyat terutama membabitkan banjir kilat dan kesesakan lalu lintas di pekan Bakri ketika waktu puncak serta cuti umum.

Seorang guru, V. Nagamoorthy, 56, berharap Nazri mampu meneruskan aktiviti turun padang sebagaimana Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang melaksanakan program bersama pelbagai kaum.

Nazri yang juga Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti undi 3,514 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional Dr Mohd Mazri Yahya dan calon bebas, S. Jegananthan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran