web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Salah Panggil DAP Lapdog' - Khairi Zulfadhli

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 7:40PM

Ciapan Syed Saddiq yang mendakwa DAP bersikap hipokrit dalam isu kes mahkamah membabitkan Ahmad Zahid. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa memadamkan ciapan di laman X miliknya dan memohon maaf kepada pemimpin dan anggota DAP.

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Biro Teknologi parti tersebut, Khairi Zulfadhli Abu Bakar, susulan tindakan Syed Saddiq menggelar DAP sebagai 'lapdog'.

"Berlawan berlawan juga, tetapi panggil DAP as lapdog ini very inappropriate dan salah.

"Saya tidak bersetuju dengan tweet dari Presiden saya sendiri. Mohon delete dan minta maaf kepada DAP," ciap Khairi di laman X miliknya.

Beliau menulis demikian sebagai respon kepada ciapan Syed Saddiq yang menggelar DAP kini sudah menjadi 'lapdog' kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Syed Saddiq turut menghamburkan tulisan seperti hipokrit, gila kuasa dan tiada prinsip yang jelas ditujukan kepada parti gabungan Kerajaan Perpaduan itu.

"DAP sudah jadi 'lapdog' kepada Zahid. Dulu Nga Kor Ming yang tuduh Zahid korup. Dulu dia tuduh (bekas) perdana menteri (Datuk Seri) Ismail Sabri 'puppet' Zahid.

"Kini dia yang jadi puppet sucikan orang korup kerana jawatan menteri," ciap Syed Saddiq hari ini.

Ciapan itu dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang kini mengundang banyak persepsi negatif dalam dunia politik.

Tindakan Ahli Parlimen Muar itu secara tidak langsung menunjukkan kecenderungan parti itu seakan-akan berhaluan kiri dan menjadi penentang kepada kerajaan sedia ada.

Terdahulu, Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming dilaporkan berkata adalah lebih profesional sekiranya Syed Saddiq, selaku Ahli Parlimen menyokong kerajaan,untuk berbincang dengan pucuk pimpinan berhubung perkembangan kes Ahmad Zahid, berbanding membuat kenyataan kepada media.

Beliau juga berkata DAP tidak akan menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan susulan perkembangan kes Ahmad Zahid. – Getaran, 7 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar