web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK: Pengundi Simpang Jeram Rugi Jika Tidak Pilih Nazri Sebagai Wakil Rakyat 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 7:53AM

Calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman beramah mesra dengan veteran ATM Muar di Muar, Johor, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengundi di Simpang Jeram akan mengalami kerugian sekiranya tidak memilih calon Pakatan Harapan, Nazri Abdul Rahman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 Sept ini. 

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata ini kerana Nazri yang pernah berkhidmat sebagai jurutera di Majlis Perbandaran Muar telah banyak berjasa dan menabur bakti kepada penduduk di Muar, termasuk di Simpang Jeram selama ini.

"Beliau telah banyak berbakti selama ini tentunya berbanding dengan seorang lagi (calon), yang seorang lagi saya tak mahu sentuh tentang peribadi. Tetapi saya lakukan perbandingan kedua-duanya, yang terbaik yang harus dipilih oleh pengundi di Simpang Jeram ini adalah Nazri," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap Program Sentuhan Kasih Desa @ Simpang Jeram : Mini Ekspo Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Keusahawanan Desa di Sungai Abong. 

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Nazri. 

Ahmad Zahid berkata Nazri juga dilihat sebagai calon yang sangat berkaliber memandangkan beliau juga sedang melengkapkan kajian ijazah doktor falsafah (PhD) berkaitan banjir bagi membantu rakyat, termasuk kira-kira 40,000 pengundi berdaftar di kawasan itu. 

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata disebabkan itu jugalah, penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, turut memilih Nazri bagi membantu Salahuddin menjaga kawasan itu selama dua penggal. 

Katanya kestabilan politik adalah satu formula utama untuk menggarap kemajuan di sesuatu kawasan atau di sesebuah DUN dan ia sudah tentu harus diterjemah di peringkat negeri. 

"Jika Nazri dipilih ia bukan saja terus beri kesinambungan pengukuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat DUN dan juga di peringkat negeri Johor, pastinya ia merupakan satu terjemahan pengukuhan kepada kestabilan kerajaan negeri Johor," katanya. 

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

PRK di kedua-dua kerusi berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas, dengan Nazri akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN dan calon Bebas yang juga ahli perniagaan S. Jeganathan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad