web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saingan 3 Penjuru Antara PH, PN, Bebas Di PRK Pulai, Simpang Jeram

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 11:58AM

Calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai (dari kiri) Suhaizan Kaiat (Pakatan Harapan), Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) dan Zulkifli Jaafar (Perikatan Nasional). gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 Sept ini, masing-masing bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Bagi Parlimen Pulai, calon-calonnya terdiri daripada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat dari Pakatan Harapan (PH), Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi, calon bebas yang akan menggunakan simbol kunci.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai, Miswan Yunus pada kira-kira jam 10.20 pagi.

Terdahulu, Suhaizan yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi, diikuti Zulkifli dua minit kemudian, manakala Samsudin pada 9.08 pagi.

Di MUAR, tiga calon yang diumumkan layak bertanding adalah calon PH, Nazri Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, calon PN iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya dan calon bebas iaitu ahli perniagaan, S.Jeganathan.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya N13 Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah pada jam 10.10 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram menyaksikan persaingan tiga penjuru membabitkan (dari kiri) S.Jeganathan (Bebas), Nazri Abdul Rahman (Pakatan Harapan) dan Dr Mohd Mazri Yahya (Perikatan Nasional). gambar BERNAMA
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram menyaksikan persaingan tiga penjuru membabitkan (dari kiri) S.Jeganathan (Bebas), Nazri Abdul Rahman (Pakatan Harapan) dan Dr Mohd Mazri Yahya (Perikatan Nasional). gambar BERNAMA

Terdahulu, Jamil Hasni memaklumkan, borang pencalonan daripada Dr Mohd Mazri, yang juga pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular, diterima pada jam 9.04 pagi, diikuti Nazri, bekas jurutera di Majlis Perbandaran Muar pada jam 9.08 pagi dan Jeganathan pada jam 9.18 pagi.

Jeganathan akan menggunakan simbol gajah pada PRK berkenaan. 

Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Pulai mempunyai 166,653 pemilih dengan 165,700 pengundi biasa, 927 terdiri daripada polis dan pasangan serta pengundi tidak hadir (PTH) luar negara 26 orang.

Kumpulan pengundi terbesar di Parlimen Pulai meliputi lingkungan umur 21 hingga 29 tahun iaitu 21.05 peratus daripada jumlah pengundi atau 35,074, orang; diikuti 34,235 pengundi (20.5 peratus) daripada umur 30 hingga 39 tahun, manakala kategori 40 hingga 49 tahun mencatatkan 32,271 orang (19.3 peratus).

Sementara itu bagi DUN Simpang Jeram pula membabitkan 40,379 orang pemilih yang terdiri daripada 40,373 orang pengundi biasa dan enam orang pengundi tidak hadir, berada di luar negara.

Kumpulan pengundi terbesar di DUN Simpang Jeram meliputi lingkungan umur 30 hingga 39 tahun iaitu 23.1 peratus daripada jumlah pengundi atau 9,326 orang, diikuti 9,160 pengundi (22.6 peratus) daripada umur 21 hingga 29 tahun, manakala kategori 40 hingga 49 tahun mencatatkan 7,113 orang (17.6 peratus).

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga 11.59 pada 8 Sept dengan pengundian awal 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.

Timbalan Presiden Amanah itu mempertahankan kedua kerusi berkenaan buat kali kedua selepas memenanginya pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac tahun lalu dan Pilihan Raya Umum Ke-15, Nov tahun lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

4

Politik 2 tahun yang lalu

BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad