web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Guna Lambang Parti Ketika Salur Bantuan Kerajaan - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 4:20PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Taman Dahlia, Tampoi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebarang bentuk penyaluran bantuan kerajaan sepanjang tempoh berkempen, termasuk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram tidak boleh menggunakan lambang parti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata perkara itu juga sudah dibincangkan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. 

“Ada berbangkit mengenai penyaluran bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat, lambang parti tidak boleh digunakan. Ini sudah diamalkan Perikatan Nasional (PN) dahulu dan saya percaya ada juga satu dua kes berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.

“Arahan kita perkara ini (guna lambang parti), tidak boleh kerana bantuan kerajaan harus disalur atas nama kerajaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat dan Penyerahan 1,000 bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia di sini hari ini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan pada esok, pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.

Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Anwar berkata sepanjang tempoh berkempen juga semua pemimpin dan jentera parti diminta mematuhi dan menghormati segala peraturan ditetapkan SPR bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya. 

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Anwar berkata kerajaan sedaya upaya tidak mahu rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dengan memastikan segala aspek yang boleh dikawal kerajaan, termasuk dalam pemberian subsidi barangan keperluan, diteruskan untuk kemudahan ramai.

Beliau berkata ia termasuk memperluaskan dan meneruskan lagi inisiatif Jualan Rahmah iaitu legasi peninggalan Allahyarham Salahuddin yang terbukti banyak membantu rakyat kurang berkemampuan untuk memiliki barangan keperluan pada harga lebih rendah. 

Bagaimanapun katanya, ada perkara yang berada di luar kawalan kerajaan, misalnya apabila kerajaan India mengumumkan untuk menaikkan cukai eksport bagi bawang sebanyak 40 peratus, yang dijangka akan memberi kesan kepada kenaikan harga bawang di negara ini. 

Menurutnya disebabkan itu, bagi tempoh jangka masa panjang, kerajaan memberi tumpuan supaya sektor pertanian terus diperkasa bagi mengurangkan kebergantungan import makanan yang mencecah puluhan bilion ringgit setiap tahun, 

Selain Onn Hafiz, turut hadir pada majlis kenduri berkenaan adalah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh; Naib Presiden Amanah, Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, dan calon Amanah bagi PRK Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Sebelum itu, Anwar menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Zaidi Salman di Masjid Jamek Ar-Rahman, Taman Dahlia, di sini dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad