web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pulai, Simpang Jeram Bermula Dengan Penamaan Calon Esok

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 12:18PM

Proses penamaan calon Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram berlangsung pada jam 9 hingga 10 pagi esok. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bahang pilihan raya yang baharu sahaja reda di enam negeri kini beralih ke negeri ‘Harimau Selatan’, apabila pertarungan merebut kerusi Parlimen Pulai, di sini, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Muar, bermula dengan hari penamaan calon esok.

Proses penamaan calon yang bermula pada 9 hingga 10 pagi itu, bakal diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, bagi Parlimen Pulai, manakala untuk kerusi DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.

Menurut Pejabat Pilihan Raya Johor, setakat ini 22 set borang pencalonan sudah dijual kepada beberapa parti politik termasuk parti Amanah, PAS, Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

PRK di dua kawasan itu dijangka akan menyaksikan persaingan sengit apabila Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan dua anak didik Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, penyandang bagi dua kerusi kawasan itu, menentang dua calon Perikatan Nasional (PN).

PH sudah menamakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin, Suhaizan Kaiat yang bertanding atas tiket Amanah sebagai bakal calon Parlimen Pulai untuk mempertahankan kerusi itu, menentang bakal calon PN Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai.

Sementara itu, di DUN Simpang Jeram pula,  PH mempertaruhkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman yang juga seorang jurutera, menentang calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya, seorang pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular. 

Selain itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi difahamkan turut akan mencuba nasib untuk menjadi Ahli Parlimen apabila sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan itu atas tiket Bebas.

PRN ini diadakan susulan kematian penyandang kedua kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Salahuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,  adalah Timbalan Presiden Amanah, penyandang kedua-dua kerusi berkenaan buat kali kedua, yang juga satu-satunya kerusi Amanah di Negeri Johor.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac tahun lepas, Pakatan Harapan (PH) memenangi 13 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) menguasai DUN Johor dengan 40 kerusi, dan Perikatan Nasional tiga kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas, PH memenangi 15 kerusi parlimen dengan Amanah memenangi dua kerusi daripada itu, selain Barisan Nasional (sembilan) dan PN (dua). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad