web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemuda UMNO Selar DAP Letak Lambang Parti Dalam ‘Mock Cheque’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 8:41AM

Kor Ming didesak memberikan penjelasan terhadap isu lambang DAP pada replika cek sumbangan kepada sekolah. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming didesak untuk menjelaskan kewujudan logo parti DAP pada replika cek sumbangan kepada beberapa buah sekolah.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, kewujudan logo parti itu wajar dipertikaikan sekiranya sumbangan tersebut adalah daripada pihak kerajaan.

"Kami mahukan penjelasan dari YB Menteri Nga Kor Ming.

"Adakah sumbangan ini daripada pihak kerajaan? Dan jika daripada pihak kerajaan, apa kaitan logo DAP berada pada mock up cheque sumbangan tersebut?

"Jangan jadi bodoh bila sudah menjadi menteri," katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Dialam gambar yang dimuat naik, kelihatan sekumpulan penerima sumbangan memegang replika cek yang memaparkan logo DAP bersebelahan dengan logo Jata Negara.

Sumbangan itu dipercayai diberikan kepada beberapa sekolah Cina di negeri Perak dengan peruntukan sebanyak RM1.8 juta daripada kerajaan.

Berkongsi pandangan yang sama iaitu Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal.

Wan Ahmad Fayhsal turut menyelar perkara tersebut dan menyifatkan ia tidak seharusnya berlaku dalam kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

"Ini satu kejanggalan yang amat. Bila masa sumbangan pihak kerajaan dibolehkan logo parti bersekali dengan Jata Negara?

"Inikah tatakelola baik yang kerajaan #MalaysiaMadani ingin bawa? " katanya ringkas di media sosial. – Getaran, 24 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar