web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat Khas Bincang Tarikh PRK DUN Pelangai Pada Khamis Ini - SPR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 6:45PM

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi menetapkan tarikh penting Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Khamis ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu. 

Beliau berkata SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai. 

"Mesyuarat khas tersebut di mana tarikh-tarikh penting PRK Pelangai seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan," katanya.

Ikmalrudin berkata mesyuarat khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

“Selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya.

Allahyarham Johari, adalah seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Jenazah Johari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Gombak, Selangor, semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 53 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar