web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istiadat Angkat Sumpah Jawatan MB, EXCO Selangor Pada Isnin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 6:12PM

Istana Alam Shah, Klang. - gambar Facebook

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO diadakan Isnin ini, di Istana Alam Shah, Klang.

Istana Selangor dalam satu kenyataan ringkas petang ini, memaklumkan istiadat berkenaan akan dijalankan pada dua sesi iaitu Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor pada jam 11 pagi manakala istiadat kedua pada jam 2 petang 21 Ogos ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor diadakan pada hari Isnin bersamaan 21 Ogos 2023 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 11 pagi.

“Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada 21 Ogos 2023 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 2 petang,” katanya.

Kira-kira 2.30 petang semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilihat memasuki Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam, untuk menghadap Sultan Selangor sebelum beredar sejam kemudian.

Beliau yang ditemui pihak media di luar istana berkenaan, dilaporkan berkata pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dilakukan pihak istana kerana ia bidang kuasa Istana Selangor.

Katanya, beliau menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang hal biasa mengenai perkembangan negeri, percapaian ekonomi serta kesihatan baginda.

Sultan Selangor berangkat pulang dari London, United Kingdom pada 15 Ogos lalu selepas berada di negara berkenaan untuk menjalani prosedur perubatan sejak 28 Julai.

Sebelum ini wujud spekulasi Amirudin tidak akan dilantik ke jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua, selepas PH gagal memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya negeri (PRN), baru-baru ini.

Pengerusi PH Selangor itu didakwa gagal mendapat sokongan pengundi Melayu, biarpun berjaya mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, selain mempamer prestasi yang bagus sebagai Menteri Besar.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah hari tadi ketika ditanya media, memberi bayangan isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu sudah dimuktamad.

Kerajaan Perpaduan memenangi 34 kerusi DUN Selangor pada PRN Sabtu lalu, manakala PN memperoleh 22 kerusi. – Getaran, 18 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad