web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Akan 'Hilang' Menjelang PRU16

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 1:46PM

Keputusan PRN enam negeri mencerminkan penolakan rakyat terhadap UMNO. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti UMNO berdepan kemungkinan kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 sekiranya Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih berpeluk tubuh dan terus bersama Kerajaan Perpaduan.

Keadaan ini akan menjadi realiti sekiranya tiada tindakan pantas oleh kepimpinan tertinggi kerana UMNO kini sudah tiada tawaran untuk diberikan kepada pengundi, kata Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan.

Parti itu yang dilihat sebagai pendukung kepentingan orang Melayu berdepan realiti pahit apabila kaum itu sendiri menolak UMNO sejak PRU15 hingga Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

"Sentimen di bawah… sekiranya kita memasuki PRU16 dalam keadaan semasa, Presiden masih Zahid Hamidi dan kita masih akan bergerak dengan Pakatan Harapan (PH) kita akan wiped out, orang akan tolak kita bulat-bulat.

"Kita parti terbesar orang Melayu, tapi akhirnya orang Melayu sendiri yang tolak kita. Jadi apa lagi yang kita nak jual?

“Bagaimana kita nak dapatkan kembali sokongan rakyat? Apa agenda kita buat masa ini? Orang kata kita duduk dalam kerajaan, tetapi apa agenda kita?” katanya ketika dihubungi Getaran.

Wan Md Hazlin berkata, sudah masuk hari keenam selepas UMNO mengalami kekalahan teruk dalam PRN di enam negeri, namun parti itu masih belum berbuat apa-apa.

Menurut beliau, pihak kepimpinan seharusnya lebih cakna dengan keadaan semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan parti itu akan terus kekal relevan.

Katanya, kepimpinan di peringkat pusat seharusnya lebih awal mengadakan Perhimpunan Khas bagi membincangkan hal berkaitan dan mengembalikan sokongan akar umbi serta rakyat kepada parti itu.

Namun, sehingga ke hari ini, kepimpinan tertinggi termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mempertahankan Presiden meskipun sudah ada desakan yaang menuntut Zahid melepaskan tampuk kepimpinan.

"Kita sedar, dan kita ambil maklum yang dia tak mahu lepaskan jawatan walaupun ada banyak desakan. Beliau pun sudah kata mahu ambil tanggungjawab, baik kami akur dan faham. Jadi soalannya, apa tanggungjawab dan tindakan yang beliau nak ambil?

"Kita ada pemimpin dan ahli majlis kerja tertinggi yang menyalahkan sayap, menyalahkan Pergerakan Pemuda, mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda yang mencuba mendapatkan sokongan anak muda (melalui himpunan Post Moterm PR6N Pemuda UMNO Malaysia),” katanya.

Beliau berkata, perkara yang menjadi persoalan ialah bagaimana untuk sayap Pemuda ‘menjual’ UMNO jika rakyat yang tidak mahukan Presiden.

Katanya, beliau tidak  mengatakan Presiden parti sebagai jahat, namun hakikatnya ketika ini rakyat tidak mahukan pemimpin itu.

"Macam mana kita hendak baiki imej Presiden, macam mana kita nak yakinkan rakyat dengan Presiden, sebab Presiden ialah muka UMNO, Presiden yang bawa UMNO, UMNO ini ada di atas bahu dia," katanya.

Sementara itu, mantan Setiausaha Agung Siswa Barisan Nasional (BN), Syed Mohd Syed Nasir berkata, kepimpinan parti seharusnya mengambil contoh langkah Pemuda UMNO untuk mengadakan pertemuan khas.

Jelasnya, pertemuan khas tersebut tidak hanya terhenti sekadar dalam parti, namun turut melibatkan pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pengundi.

"Jika kita masih mendabik dada, masih mengekalkan gaya UMNO is a big brother dalam mana-mana gabungan kita akan tetap kalah dan mungkin tidak wujud lagi.

"Contoh yang paling dekat adalah kekalahan teruk pengerusi perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Setiausaha Politik Zahid Hamidi, (Datuk Megat Zulkarnain Omardin) pun kalah dalam PRN tempoh hari," katanya.

Syed Mohd berkata, UMNO dilihat berada dalam keadaan tenat kerana Zahid sendiri yang gagal mengemudi parti di landasan yang betul sehingga memberi kesan yang buruk kepada parti dan kedudukan UMNO di mata rakyat dilihat tidak relevan lagi.

"Pembuktian statistik dan jumlah kerusi yang disandang parti membuktikan bahawa rakyat menolak Zahid Hamidi yang akhirnya memberi kesan yang sangat buruk pada kedudukan parti di mata rakyat.

"Benar kegagalan ini perlu dipertanggungjawabkan oleh semua pihak dalam parti, tapi apa asas dan punca kekalahan ini?

“Adakah kerana UMNO itu sendiri atau kebencian rakyat pada sosok tubuh yang bernama Zahid Hamidi," katanya.

UMNO bersama Barisan Nasional (BN) pada PRN pada 12 Ogos lalu mengalami kekalahan teruk apabila hanya berjaya memenangi 19 kerusi daripada 108 yang ditandingi.

Susulan daripada kekalahan itu, UMNO dilihat sudah tidak menjadi pilihan utama dalam kalangan orang Melayu dan fenomena ini dilihat sejak PRU15 tahun lalu.

Sokongan Melayu kini dipercayai beralih kepada Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada gabungan parti PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan juga Gerakan.

Mengambil serius hal itu, Pemuda UMNO mengadakan Perhimpunan Khas Post Moterm PR6N Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan di International Youth Centre, Kuala Lumpur pada 17 Ogos. – Getaran, 18 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar