web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ADUN Meranti Sah MB Kelantan, ADUN Temangan Timbalan MB

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 8:46PM

Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan hari ini. gambar Facebook DUN Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Teka-teki mengenai siapakah Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baharu terjawab sudah selepas kedua-dua yang dilantik mengangkat sumpah jawatan itu hari ini. 

Dalam majlis yang berlangsung di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian, di sini , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar petang ini. 

Sementara itu, ADUN Temangan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Pelantikan Mohd Nassuruddin menyaksikan beliau secara rasmi menggantikan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang memegang jawatan Menteri Besar sejak 6 Mei 2013.

Sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri sejak 2013.

Mohd Nassuruddin adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti selama tujuh penggal selepas memenanginya dalam Pilihan Raya Umum Kesembilan (PRU9) pada 1995. 

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lepas, Mohd Nassuruddin yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan, berjaya mempertahankan DUN Meranti dalam pertandingan satu lawan satu selepas mengalahkan Zahri Omar dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 9,154 undi. 

Mohd Nassuruddin, yang juga lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir mendirikan rumah tangga dengan Datin Wan Norhanita Wan Yaakob dan dikurniakan lima cahaya mata.

PAS dan rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu berjaya membentuk kerajaan negeri di Kelantan apabila menang 43 daripada 45 kerusi DUN dalam PRN Sabtu lepas.

Sementara itu, Mohamed Fadzli sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri dan mula berkhidmat sebagai ADUN Temangan sejak menang pada PRU12.

Dilahirkan di Machang, Mohamed Fadzli adalah bekas Penolong Profesor Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Undang-Undang Harun Mahmud Hashim di universiti sama.

Selain Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, seramai sembilan ADUN turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan pada istiadat hari ini terdiri daripada lapan ADUN PAS dan seorang Bersatu. 

Sembilan ADUN berkenaan adalah Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman (Kemahang), Datuk Dr Izani Husin (Kijang), Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Selising), Wan Roslan Wan Hamat (Pengkalan Kubor), Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Muhamad (Apam Putra), Hilmi Abdullah (Guchil) dan Datuk Kamarudin Md Nor (Air Lanas). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan Gubal Semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kononnya Berpaksikan Islam, Tapi PAS Lebih Banyak Undang Perpecahan - Khairuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan