web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Pihak Cuba Ganggu-gugat Kestabilan Kerajaan – Tuanku Muhriz

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 8:12AM

Tuanku Muhriz ingatkan semua wakil rakyat untuk suarakan permasalahan rakyat. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah terdapat pihak cuba menggugat kestabilan kerajaan pada penggal lepas tanpa sebarang sebab yang munasabah sebaliknya hanya bermotifkan kepentingan peribadi.

“Sedarlah bahawa tindakan seperti ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan malah ia menyebabkan pentadbiran negeri terjejas dan rakyat menjadi mangsa.

“Beta mengingatkan semua wakil rakyat yang telah dipilih bahawa kamu telah diamanahkan oleh rakyat untuk menyuarakan segala permasalahan serta keperluan mereka dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar atau keputusan.

“Justeru, fokus dan keutamaan kamu adalah kepada kepentingan dan perkhidmatan untuk rakyat negeri ini,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat Datuk Seri Aminuddin Harun di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada semua wakil yang dipilih oleh rakyat untuk ke Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu lepas.

Tuanku Muhriz menzahirkan kesyukuran kerana proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanpa kekacauan dan kekecohan yang serius.

“Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas ADUN dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang telah memberikan khidmat pada penggal yang lepas.

“Kepada calon yang tidak dipilih dalam pilihan raya kali ini, Beta berharap kamu semua terus menabur bakti dan sumbangan kepada masyarakat,” titah baginda.

Tuanku Muhriz turut memuji Kerajaan Negeri Sembilan yang menambah baik kualiti pengurusan dan pentadbiran terutama daripada sudut integriti serta kecekapan.

Keputusan PRN di Negeri Sembilan menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 31 kerusi iaitu PH 17 kerusi dan BN 14 kerusi manakala pembangkang iaitu Perikatan Nasional sekadar memperoleh lima kerusi. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad