web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Pengaruhi Pendirian Politik Anak-anak– Adam Adli

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 6:28PM

Adam Adli - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SG PETANI – Ibu bapa yang harus dipertanggungjawabkan membabitkan pendirian dan tindakan anak mereka yang tergolong bawah segmen pengundi Undi18.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, berkata mereka yang berusia 18 tahun dan keatas seharusnya didedahkan kepada semua parti politik oleh ibu bapa mereka.

Ia supaya segmen pengundi muda yang berusia antara 18 hingga 21 tahun ini, boleh membuat keputusan siapa yang benar-benar berkhidmat untuk kepentingan mereka.

Beliau berkata, panduan yang diberikan oleh penjaga mereka ini menjadi elemen penting dalam menentukan tindak tanduk dan perbuatan pengundi muda.

Jumaat lalu, beberapa kumpulan dihalang daripada menghadiri acara kemuncak perhimpunan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Eupe di sini, apabila mereka dikepung oleh konvoi penunggang motosikal yang memegang bendera Perikatan Nasional (PN) di Sg Petani.

Adam berkata, kebanyakan penunggang motosikal berkenaan dipercayai datang daripada sekolah agama berasrama.

“Mereka mungkin tidak terdedah kepada kesederhanaan yang menjadi kebiasaan Masyarakat Malaysia.

“Terpulang kepada kita dan pihak berkuasa yang berkenaan untuk menunjukkan mereka perkara sebaliknya, tetapi kita bukanlah negara komunis yang memaksa kepercayaan terhadap indoktrinasi berbanding memahaminya,” katanya dalam satu temubual.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), berkata, tanggungjawab ibu bapa adalah membimbing anak masing-masing untuk melihat politik melalui kaca mata matang dan bukan menyokong sesebuah parti politik dengan membabi buta terutama apabila jelas pemimpin mereka bukan seperti yang digambarkan.

Sementara itu, penganalisis politik percaya, kebanyakan pengundi Undi18 kekal setia dengan PN berikutan ia mendapat majoriti besar di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pada masa sama, Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) memperoleh keputusan dua pertiga di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

PH adalah kerajaan di tiga negeri termasuk Selangor.

Penganalisis R Lawrence, berkata PN menang besar di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana pengundi muda kekal setia kepada parti berkenaan biarpun banyak insentif ditawarkan kerajaan pimpinan Anwar.

Beliau berkata, Gabungan Perpaduan tidak mampu memenangi hati pengundi muda berkenaan kerana ramai yang diajar dengan prinsip yang berbeza, jauh daripada asas keserderhanaan dan toleransi yang diperjuangkan Anwar. – Getaran, 13 Ogos 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar