web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Status Quo Kekal, PH-BN, PN Masih Kuasai 3 Negeri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 11:15AM

Keputusan PRN 2023 menyaksikan PH-BN dan PN masing-masing menguasai tiga negeri - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang buat pertama kalinya bekerjasama memasuki gelangggang pilihan raya berjaya menguasai tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Malah, kerjasama yang boleh dikatakan baharu dibentuk itu menang bergaya di Negeri Sembilan apabila memperoleh 31 daripada keseluruhan 36 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu.

Pulau Pinang juga menyaksikan kemenangan bagi PH-BN dengan memperoleh 29 daripada 40 kerusi yang ditandingi, manakala di Selangor PH-BN menguasai kerajaan negeri dengan kemenangan di 34 kerusi daripada 56 yang dipertandingkan.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan juga kekal sebagai kerajaan negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Terengganu buat pertama kalinya menyaksikan kesemua 32 kerusi dimenangi PN yang bertanding menggunakan logo PAS, sekali gus menyaksikan tiada pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. 

PN juga menang besar di Kelantan apabila memperoleh 43 daripada 45 kerusi dan di Kedah gabungan itu memenangi 33 daripada 36 kerusi.

Kerjasama PH-BN dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lepas, yang menyaksikan kedua-dua blok bersama beberapa lagi gabungan parti politik lain membentuk Kerajaan Perpaduan dan berkolaborasi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang dan Perak.

PRU15 turut menyaksikan PN menang di Perlis.

Datuk Seri Shahidan Kassim antara yang kelihatan meraikan kemenangan PN di Shah Alam, awal pagi tadi - gambar Syadila Amari
Datuk Seri Shahidan Kassim antara yang kelihatan meraikan kemenangan PN di Shah Alam, awal pagi tadi - gambar Syadila Amari

Enam negeri mengadakan PRN berasingan daripada PRU15 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala pengundian awal pada 8 Ogos yang menyaksikan seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Sejumlah 9.67 juta pemilih layak mengundi pada PRN ini dengan Kelantan merekodkan 60.96 peratusan keluar mengundi; Terengganu (74.79 peratus); Pulau Pinang (72.67 peratus); Selangor (72 peratus); Negeri Sembilan (68.35 peratus) dan Kedah (73.86 peratus).

Dua Menteri Kabinet iaitu Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke, masing-masing mempertahankan kerusi Rantau dan Chennah, Negeri Sembilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) berkata, Kerajaan Perpaduan menerima keputusan dibuat rakyat - gambar Nooreeza Hashim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) berkata, Kerajaan Perpaduan menerima keputusan dibuat rakyat - gambar Nooreeza Hashim

Dua bekas Menteri Persekutuan iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN) masing-masing menewaskan lawan mereka di DUN Bertam, Pulau Pinang dan Hulu Kelang, Selangor.

Isteri bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang mewakili BN menang di DUN Juasseh manakala Mohd Najib Mohd Isa yang bertanding atas tiket sama tewas di DUN Bagan Pinang.

Penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali dengan Altimet, turut melakar kemenangan di DUN Lembah Jaya dalam percubaan sulungnya.

PRN yang turut diwarnai dengan penglibatan ahli sukan iaitu pemain bola sepak Kedah Muhamad Radhi Mat Din dan bekas pemain bola sepak negara Baddrol Bakhtiar bertanding atas tiket PN. Kedua-duanya menang, masing-masing di Alor Mengkudu dan Gurun, di Kedah.

Pegerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tersenyum ketika hadir di Shah Alam, awal pagi tadi - gambar Syadila Amari
Pegerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tersenyum ketika hadir di Shah Alam, awal pagi tadi - gambar Syadila Amari

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda); Parti Sosialis Malaysia (PSM); Parti Rakyat Malaysia (PRM); Parti Utama Rakyat (PUR); Penang Front Party (PFP) dan Bebas gagal memperoleh sebarang kerusi pada PRN ini, selain 96 calon hilang wang deposit.

Setiausaha PN Selangor Dr Afif Bahardin yang bertanding di DUN Taman Medan, Selangor menjadi calon yang meraih majoriti paling rendah iaitu 30 undi.

Selain itu, 24 daripada 71 calon wanita yang bertanding memenangi kerusi DUN antaranya  anak bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani yang menang di kerusi Permatang, Selangor.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak menyaksikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Ahmad Amzad Hashim mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan mengalahkan calon PH Azan Ismail dengan majoriti 47,266 undi. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad