web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tidak Berniat Pamer Kertas Undi - Muhammad Sanusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 12:11AM

Suasana di pusat berkumpul penyokong gabungan Perikatan Nasional di Hotel Concorde Shah Alam. gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa beliau tidak berniat untuk mempamerkan kertas undinya kepada pihak media ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata kertas undi itu terdedah secara tidak sengaja ketika melayani permintaan pihak media untuk mengambil gambarnya.

“Bukan saya berniat mempamerkan kertas itu. Tapi bila kita pusing sini pusing sana (untuk mengambil gambar) kertas itu terbuka. 

“Tak terniat saya untuk pamer. Tapi bila kelam-kabut melayani permintaan rakan-rakan wartawan, dia jadi macam itu,” katanya kepada pemberita di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri di Dewan Muhammad Abduh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik di sini.

Petang tadi, tular gambar Muhammad Sanusi dengan kertas undi yang memaparkan pilihan beliau sebelum memasukkannya ke dalam kotak undi.

Perkara (39) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyebut tiada pemilih yang sudah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.

Akta tersebut selanjutnya menyebut kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

Mengulas kejayaan mempertahankan kerusi DUN Jeneri, Muhammad Sanusi berkata ini menggambarkan pengundi menolak kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya kemenangan kali ini lebih besar daripada yang kali pertama (bertanding sebagai calon),” katanya sambil menambah tidak menjangka memperoleh jumlah undi yang besar.

Terdahulu, beliau diumum sebagai pemenang di kerusi itu dengan majoriti 16,050 undi selepas memperoleh sebanyak 21,823 undi menewaskan calon BN, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang mendapat 5,773 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Sanusi menang kerusi itu dengan majoriti undi sebanyak 2,455 menewaskan dua calon lain iaitu Mahadzir Abdul Hamid (BN) dan Mohd Nazri Abu Jassan (PH). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad