web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH-BN Dijangka Menang 2/3 Di Pulau Pinang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 10:21PM

PH-BN berjaya menguasai sekurang-kurangnya 27 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Gabungan Perpaduan dijangka menang dengan majoriti dua pertiga, sekali gus membolehkan kedudukan Kerajaan Perpaduan dikekalkan di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. 

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 9.30 malam ini, PH-BN berjaya menguasai sekurang-kurangnya 27 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. 

DAP mengukuhkan kedudukannya di 19 kerusi di Pulau Pinang manakala AMANAH hanya berjaya mengekalkan kemenangan di DUN Bayan Lepas tetapi kecundang di kerusi Permatang Pasir. 

PKR dilihat mendahului tujuh daripada 13 kerusi yang ditandingi manakala BN hanya mendahului di dua kerusi, masing-masing di DUN Bertam dan Sungai Acheh. 

BN turut bertanding di DUN Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Bahang. 

Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BERSATU, PAS dan GERAKAN pula mendahului di 11 daripada 40 kerusi DUN yang ditandingi. 

Ia mendahului di DUN Permatang Berangan, Penaga, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, Pinang Tunggal, Sungai Bakap, Permatang Pasir, Penanti, Seberang Jaya, Pulau Betong dan Telok Bahang. – Getaran, 12 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad