web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR Sudah Sedia Hadapi PRN Di 6 Negeri Esok

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 5:02PM

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan akhir dengan memeriksa peralatan mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Sikamat sebelum dibawa ke Pusat Mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Komuniti Taman Coral Heights Sikamat, Seremban hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesemua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di enam negeri giat melaksanakan kerja-kerja akhir bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Tinjauan Bernama di SELANGOR, di Pusat Mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dan Pusat Pengumpulan Undi di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, Shah Alam mendapati petugas-petugas SPR sudah siap melaksanakan persiapan. 

Penyelia Pusat Pengundian Gombak Setia di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Samudera Mohamed Nizam Md Saad berkata kerja-kerja menyiapkan tempat pengundian selesai lebih awal daripada jadual yang ditetapkan SPR.

“Meskipun persiapan ini dilakukan pada waktu persekolahan, namun tiada masalah bagi pihak sekolah untuk membenarkan kami berbuat demikian. Saluran satu hingga empat menggunakan dewan sekolah, manakala saluran lima hingga sembilan di bangunan sekolah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid merangkap Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kota Anggerik berkata, sebanyak 1,422 petugas akan bertugas di 21 pusat mengundi esok. 

Pada masa sama, beliau turut menasihati pengundi untuk keluar lebih awal bagi melaksanakan tanggungjawab mereka bagi mengelakkan kesesakan, selain ramalan cuaca esok yang menjangkakan hujan pada sebelah petang.

Di NEGERI SEMBILAN, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Sikamat, Saiful Saadon berkata persediaan menjelang hari pengundian esok mencapai tahap 100 peratus dan mengikut jadual ditetapkan. 

Seramai 55 ketua tempat mengundi ditempatkan bagi menjaga saluran, hadir sejak 7 pagi tadi untuk menyemak beg undi serta peralatan lain berkaitan bagi kelancaran proses pengundian esok di DUN Sikamat.

"Pengundi diingatkan bersiap sedia dengan kad pengenalan masing-masing dan semak saluran anda,” katanya serta menggalakkan pengundi untuk memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19. 

Di TERENGGANU, Penyelia Pusat Mengundi SK Tok Jembal Azri Mohd Yasin berkata persiapan akhir oleh pihaknya giat dilakukan termasuk menyusun atur saluran serta kelengkapan mengundi, menyediakan petak undi serta memasang garisan SPR.

"Di SK Tok Jembal ada lapan saluran mengundi melibatkan lebih 4,000 pengundi. Kita jangka semua kerja termasuk meletakkan tanda arah, informasi dan memasang garisan akan selesai sebelum 6 petang," katanya.

Sementara itu di KEDAH, Pegawai Pengurus DUN Suka Menanti Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata semua persiapan di 13 pusat mengundi sudah dilakukan sejak semalam dan hanya menunggu kehadiran pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Di PULAU PINANG, jurucakap SPR Pulau Pinang berkata hampir 20,000 petugas ditempatkan di pusat mengundi di negeri itu yang diketuai 40 Pegawai Pengurus SPR bagi setiap DUN.

Katanya, terdapat 28 pusat penjumlahan undi di Pulau Pinang dan semua kertas undi yang telah siap dikira di pusat mengundi akan dibawa ke situ esok.

Tinjauan Bernama di SK Padang Garong, Kota Bharu, KELANTAN pula mendapati dua khemah dilengkapi penyaman udara akan dijadikan tempat pengundian bagi menggantikan dua bilik darjah yang rosak akibat ribut, Sabtu lepas.

Pegawai Pengurus DUN Kota Lama Izuddin Abd Rashid berkata sebanyak 6,829 pemilih bagi dua daerah mengundi iaitu Padang Garong dan Kampung Dusun dijangka menunaikan tanggungjawab mereka di sekolah tersebut membabitkan 13 saluran mengundi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad