web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MySejahtera Hantar Mesej Panduan Mengundi Kepada Individu Positif Covid-19

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 2:10PM

Individu positif Covid-19 dinasihatkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Kesihatan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu, yang menyediakan panduan untuk mereka menjalankan kewajipan sebagai pengundi pada pilihan raya di enam negeri Sabtu ini di samping mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Ia adalah panduan pengurusan pengundi positif COVID-19 yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membantu individu positif COVID-19 yang dalam tempoh isolasi keluar mengundi. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata mesej yang diterima pengundi itu akan memaklumkan mengenai keperluan mereka menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau petugas kesihatan berdekatan pusat mengundi sebelum ke pusat mengundi. 

“Tujuan pemakluman adalah untuk memastikan petugas kesihatan di daerah terbabit bersiap sedia dalam pengurusan pesakit COVID-19 di pusat mengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Hari pengundian bagi pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu ditetapkan pada Sabtu ini, 12 Ogos.

Dr Muhammad Radzi berkata pengundi positif COVID-19 juga hendaklah hadir di pusat mengundi dua jam sebelum tamat tempoh mengundi di pusat mengundi bertujuan untuk meminimumkan risiko percampuran dengan pengundi lain. 

Pengundi COVID-19 positif juga diingatkan supaya tidak menggunakan kenderaan awam dan dikehendaki memakai pelitup muka sepanjang masa di pusat mengundi melainkan semasa pengenalan diri yang memerlukan pelitup muka dibuka ketika di tempat mengundi.

“Pengundi COVID-19 positif juga dinasihatkan supaya menjaga penjarakan fizikal yang selamat sepanjang masa terutamanya apabila berhadapan dengan petugas ketika pelitup muka dibuka,” katanya. 

Setelah selesai mengundi, Dr Muhammad Radzi berkata pengundi COVID-19 positif hendaklah segera meninggalkan kawasan mengundi dan meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO).

“Bagi mereka yang sedang menerima rawatan di hospital dibenarkan discaj dari hospital atas risiko sendiri bagi mengundi dengan syarat mematuhi prosedur yang ditetapkan. 

“Namun, pihak hospital tidak akan menyediakan kemudahan pengangkutan dan pesakit hendaklah menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pusat mengundi,” katanya. 

Pesakit COVID-19 positif perlu meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh HSO di tempat kediaman atau tempat pengasingan yang ditetapkan sebaik sahaja selesai mengundi.

Beliau menasihatkan pengundi lain supaya sentiasa mengamalkan penjarakan dan mencuci tangan dengan pensanitasi.

“(Pengundi) digalakkan memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak serta segera mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi, dan kematian terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi," katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata KKM sentiasa memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara, selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad