web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Erdogan Saran Malaysia, Turkiye Cari Jalan Tangani Isu Islamofobia

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 9:34AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bergambar bersama Recep Tayyip Erdogan pada lawatan ke Turkiye awal tahun ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Recep Tayyip Erdogan menyarankan agar Malaysia dan Turkiye mencari jalan serta menjalin kerjasama dalam menangani isu Islamofobia.

Anwar berkata Erdogan memaklumkan perkara itu kepada beliau ketika mereka bercakap di telefon tiga hari lepas.

“Beliau memang kerap telefon, kurang-kurang sebulan sekali, cakap pelbagai hal, hal keluarga, sembang-sembang… dan beliau cadangkan kami berdua cari jalan untuk tingkatkan usaha jadi benteng melawan serangan Islamofobia, beliau tak suruh PAS, dia lagi tak kenal Presiden Bersatu.

“Dia cadang kita buat, jadi saya kata boleh, saya minta dia siapkan jentera, cadangan dan beliau minta jumpa di New York ketika Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijadualkan pada September ini, “ katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI Negeri Sembilan di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata ini berikutan nama Malaysia diangkat kedudukannya di mata dunia dan yakin dengan keupayaan negara untuk turut serta dan menjadi benteng serangan Barat termasuk dalam isu pembakaran al-Quran.

Beliau berkata Malaysia bersikap tegas dalam perkara itu selain tidak mengizinkan penghinaan ke atas mana-mana agama dalam negara.

“Apa kita buat (dalam kes pembakaran al-Quran), yang pertama, kita bantah…  Menteri Luar (panggil Duta Sweden) bagi ingatan... ini kerja biadab. Kita arahkan sejuta naskhah al-Quran kita diedar ke seluruh dunia dan 15,000 naskhah dalam Bahasa Sweden kita hantar ke Sweden, itu cara kita balas (perbuatan membakar al-Quran) kepada mereka,” katanya.

Pengerusi  Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata tempoh kempen PRN yang melibatkan kerjasama PH serta UMNO dan kini memasuki babak akhir merupakan percubaan baharu bagi menguatkan semangat perpaduan demi menyelamatkan negara serta mengangkat semula Malaysia sebagai negara hebat di mata dunia.

"Dalam rundingan antara PH dan UMNO, kita putuskan pertama, (hormati) prinsip Perlembagaan, PH setuju UMNO lebih lagilah, kita nak selamatkan negara ini dan membawa perubahan… kalau nak angkat martabat orang Melayu dan lain-lain, jadikan Malaysia negara ulung di Asia Tenggara.

“Kita kena anjak cara lama kepada cara baharu, dan ini yang kita lakukan,” katanya yang turut menyeru pengundi memilih calon yang diketengah oleh parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan agar kaum lain berasa selamat dan tidak diketepikan oleh mana-mana pihak.  - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad