web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR Keluarkan 103,197 Kertas Undi Pos Bagi PRN, Enam Negeri, PRK Kuala Terengganu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 6:01PM

103,197 kertas undi pos dikeluarkan SPR untuk PRN enam negeri dan PRK Kuala Terengganu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 103,197 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata bagi PRN, sebanyak 102,070 kertas undi pos dikeluarkan terdiri daripada 87,666 untuk Kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media.

“Sebanyak 7,972 undi pos bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), 4,705 Kategori 1C (agensi dan organisasi) serta 1,727 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai jumlah kertas undi pos bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu, beliau berkata sebanyak 1,127 kertas undi pos dikeluarkan terdiri daripada 961 bagi Kategori 1A, 77 undi pos bagi Kategori 1B, Kategori 1C (71) dan PTH Luar Negara (18).

Beliau berkata pengeluaran kertas undi pos itu bermula pada 31 Julai lepas oleh petugas pilihan raya di kesemua 245 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

“Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding,” katanya.

Ikmalrudin mengingatkan semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap serta betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) dan segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum 5 petang, 12 Ogos ini.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya.

SPR menetapkan hari pengundian PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos ini, manakala pengundian awal akan berlangsung esok. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad