web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Penghijrahan Besar-Besaran Ahli UMNO Tak Lama Lagi - Dr Zawawi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 8:24AM

Dr Nik Zawawi Salleh Nik Zawawi dalam ceramah Perikatan Nasional di Shah Alam, malam tadi - gambar Qurnisha Hamka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kemasukan beramai-ramai ahli UMNO bagi menyertai PAS dan BERSATU di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) bakal berlaku sedikit masa lagi.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh Nik Zawawi mendakwa, pengumuman berkaitan perkara itu akan dibuat oleh mantan ahli UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang kini berada dalam barisan kepimpinan BERSATU.

Perkara berkenaan didedahkan beliau ketika berucap di dalam ceramah kelompok Perikatan Nasional di sini, malam tadi.

"Beberapa hari lagi kita akan menyaksikan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengisytiharkan anak buahnya di Jeli. Sekarang mereka sedang dipungut beramai-ramai tinggalkan UMNO dan berduyun-duyun akan bersama  PAS dan BERSATU," dakwanya.

Dakwa Ahli Parlimen Pasir Puteh itu lagi, penghijrahan besar-besaran tersebut bukan hanya melibatkan bahagian Jeli, tetapi berlaku di seluruh Kelantan.

Jelas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II itu, PAS dan BERSATU kini giat menarik penyertaan seramai mungkin ahli UMNO untuk beralih arah kepada PN.

"Di Kelantan, gerakan mengumpul seramai mungkin ahli baru yang menyertai PN sama ada masuk PAS dan Bersatu dijangkakan begitu ramai.

"KIta gambarkan kalau Kelantan dari 15 parlimen milik UMNO jadi kosong  selepas pilihan raya kerana berlaku penghijrahan kepimpinan tertinggi bersama PN, saudara boleh bayang berapa natijah yang akan dihasilkan dalam PRN kali ini," katanya.

Antara muslimat yang hadir pada ceramah Perikatan Nasional di Shah Alam malam tadi - gambar Qurnisha Hamka
Antara muslimat yang hadir pada ceramah Perikatan Nasional di Shah Alam malam tadi - gambar Qurnisha Hamka

Kelantan mempertandingkan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dan PN mensasarkan untuk mendapat kemenangan di semua kerusi tersebut.

Jumaat lalu, bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani yang juga anak kepada Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pengundurannya dari parti itu bagi menuruti jejak langkah bapanya mnenyertai saf PN.

Perkara itu diumumkan Annuar sendiri yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) pada sidang media khas di kediamannya.

Sidang media terbabit turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Turut mengumumkan keluar parti ialah kesemua 20 ahli jawatankuasa UMNO cawangan Cabang Tiga Haji Musa.

Tindakan berkenaan menyebabkan jawatankuasa UMNO di cawangan berkenaan terbubar secara automatik. - Getaran, 6 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Remaja 14 Tahun Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

3 Maut 4 Kilang Terbakar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditembak Di Restoran Makanan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganja Bernilai RM5.9 Juta Dirampas, 7 Individu Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad