web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Polis Terima 8 Laporan Termasuk Isu 3R di Pulau Pinang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 3:22PM

Poster Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal Zainuddin Mohd disembur dengan cat merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semasa tinjauan Foto Bernama di sekitar Bertam, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis menerima lapan laporan termasuk satu membabitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum sejak bermula kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) hingga tengah malam tadi di negeri ini.

Jurucakap Media PRN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang SAC W.Pusphanathan berkata laporan polis membabitkan isu 3R itu diterima pada 31 Julai lepas berkaitan satu artikel yang dimuat naik di sebuah portal berita.

"Pengadu membuat laporan polis berhubung artikel 'Muhyiddin says Allah issue shows govt run by non-Malays' kerana merasakan kenyataan itu telah menyentuh isu 3R dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang bekas perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

"Pihak polis membuka kertas siasatan dan kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya menerima enam laporan polis berhubung kesalahan merosakkan bendera dan sepanduk parti iaitu empat kes di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan masing-masing satu di Seberang Perai Utara (SPU) serta Barat Daya.

Pusphanathan, yang juga Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang, berkata pihaknya membuka enam kertas siasatan berhubung perbuatan khianat itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya polis turut membuka kertas siasatan berhubung video berbaur fitnah di laman sosial TikTok terhadap calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai David Marshel dan kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 AKM 1998.

"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes yang disiasat dan saya berharap semua pihak tidak memainkan isu 3R serta tidak menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak semasa berkempen termasuk khianat atau merosakkan bahan kempen pilihan raya seperti poster, bendera parti dan sepanduk," katanya.

Berhubung dakwaan beberapa calon Perikatan Nasional (PN) yang diekori polis ketika berkempen hingga menimbulkan suasana tidak selesa dan terganggu, beliau berkata tindakan polis itu bagi memastikan perjalanan kempen mereka dan orang ramai selamat tanpa berlaku kejadian tidak diingini.

Katanya pihak polis mempunyai 50 pasukan cantas yang bertugas di semua lapangan sepanjang PRN, selain 40 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) terdiri daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil parti yang bersama-sama membuat rondaan bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.

"Sementara itu, di Kontinjen Pulau Pinang seramai 6,451 pegawai dan anggota akan melaksanakan undi awal di 28 pusat mengundi melalui 33 saluran iaitu di IPK Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah pada 8 Ogos nanti," katanya.

Menurutnya seramai 217 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi melancarkan perjalanan proses pengundian awal PRN itu.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad