web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakyat Dapat Nilai Pemimpin Yang Langgar Titah Agong – Saifuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 12:57PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Rakyat boleh menilai pemimpin yang tidak menghormati nasihat Majlis Raja-Raja dan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan isu kaum, agama dan raja (3R), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata institusi raja dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah beberapa kali mengingatkan semua pihak supaya isu 3R tidak digunakan ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Kalau pemimpin tidak mendengar nasihat dan patuhi titah diraja apatah lagi untuk mereka mendengar nasihat daripada pihak berkuasa seperti Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Bersama Pemimpin dan Badan Bukan Kerajaan anjuran Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Kebudayaan dan Sosial Kaum India di Kelab Golf Pulau Pinang, di Bayan Lepas.

“Melayu ini ada adab dan kesopanan terutamanya yang membabitkan institusi diraja namun apabila diambil tindakan oleh PDRM reaksi mereka ‘play victim’ (berlagak seperti mangsa), menyifatkan negara ini tiada hak kebebasan suara,” katanya.

Mengenai perbuatan merosakkan bahan kempen ketika PRN ini, beliau berkata kejadian seumpama itu tidak patut berlaku kerana masyarakat kini lebih terdidik dan berfikiran moden selain budaya politik baharu perlu dilindungi.

“Insiden tersebut amat dikesali dan sudah tentu pihak berkuasa baik peringkat PDRM ataupun SPR ada jawatankuasa pemantauan dan mereka ada kuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Khamis lepas, PDRM telah membuka sebanyak 16 kertas siasatan antaranyda melibatkan kesalahan merosakkan bahan kempen calon yang bertanding pada PRN iaitu lima di Selangor, Pulau Pinang (empat), Kedah (tiga), Terengganu (tiga) dan satu kes di Negeri Sembilan.

PRN di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, dengan pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar