web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Akan Kaji Permintaan MIC Mahu Peranan Besar Dalam Kerajaan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 5:52PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan pemimpin Kerajaan Perpaduan berhubung permintaan MIC untuk diberi peranan lebih besar dalam kerajaan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengkaji permintaan MIC agar wakil daripada parti itu dapat diberi peranan lebih besar dalam kerajaan.

Katanya beliau juga akan berbincang dengan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan berhubung perkara itu.

Bercakap di hadapan ribuan anggota MIC serta Presiden parti itu Tan Sri SA Vigneswaran di ibu pejabat MIC di sini Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebarang masalah berhubung perkara itu.

“Perlu saya ulangi, bahawa anda telah menunjukkan keyakinan (terhadap Kerajaan Perpaduan) dan pastinya saya amat menghargainya. Saya dan pergi ke serata negeri, terutama di sebelah pantai barat, dalam setiap majlis yang saya sertai, saya lihat pemimpin MIC turut sama hadir beri komitmen serta penghormatan. Untuk itu, saya 'salute’ anda,” katanya.

Turut hadir ialah timbalan presiden MIC Datuk Seri M Saravanan dan Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO.

Terdahulu, Vigneswaran dalam ucapannya membangkitkan isu kekurangan wakil daripada MIC dalam pentadbiran kerajaan, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), selain menyuarakan rasa tidak senang hati dengan isu pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

MIC dan MCA sebelum ini mengumumkan bahawa mereka tidak akan bertanding dalam PRN, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut meminta supaya diberikan masa untuk menunaikan janji-janjinya, terutama berhubung usaha membasmi kemiskinan pelbagai kaum, termasuk kaum India.

“Tidak ramai dalam kalangan kaum Melayu saya berani bersuara secara terbuka, bukan hanya dalam Parlimen, tapi juga di luar Parlimen, untuk mengakui bahawa majoriti yang miskin adalah kaum Melayu, namun yang lebih miskin lagi adalah dalam kalangan kaum India. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menangani perkara ini, tanpa mengira bangsa.

Anwar berkata negara memerlukan satu dasar membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Beliau seterusnya menyampaikan penghargaan terhadap MIC atas sokongan padu mereka kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH-BN, dan berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membalas sokongan itu bagi menunjukkan rasa hormat kepada kaum India dalam negara.

“Yakinlah, bukan sebab saya mahu anda tunjuk sokongan kepada kerajaan dalam PRN, saya dah katakan perkara ini berulang kali sebelum ini,” katanya.

“Sebagaimana saya yakin dengan Vicky (Vigneswaran), anda (anggota MIC) perlu yakin dan percaya kepada saya,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi