web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN 2023: Suruhanjaya Tenaga Nasihat Elak Aktiviti Bahaya Ketika Kempen

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 11:16AM

Suruhanjaya Tenaga nasihat elak menggantung bahan kempen pada tiang elektrik, pencawang dan peti pembekal elektrik sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihatkan supaya aktiviti berbahaya seperti menggantung bahan kempen pada tiang elektrik, menampal poster pada pencawang serta peti pembekal elektrik tidak dilakukan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menerusi kenyataan hari ini, suruhanjaya itu memaklumkan peringatan itu diberikan ekoran pernah berlaku satu kejadian kemalangan elektrik pada 2018 yang melibatkan kecederaan empat mangsa akibat renjatan elektrik ketika memasang tiang bendera parti politik di Johor.

“Oleh itu, bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang serta bagi mencegah risiko kemalangan elektrik yang tidak diingini, ST menasihatkan supaya aktiviti berbahaya tidak dilakukan oleh pihak terlibat semasa kempen pilihan raya diadakan,” menurut kenyataan itu.

ST turut menasihatkan supaya tiang atau objek tinggi tidak didirikan berdekatan atau di bawah talian elektrik, memanjat menara atau tiang elektrik serta membawa objek tinggi seperti galah atau kayu panjang berhampiran atau melintasi talian elektrik.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak memasang bendera atau sepanduk besar serta panjang berhampiran talian elektrik yang dikhuatiri terputus atau tersentuh dengan talian elektrik semasa angin kuat atau ribut, menggunakan kren dan kren pengangkat berhampiran pepasangan elektrik, memasang khemah atau membuka pusat gerakan di bawah talian elektrik serta menceroboh dan memasuki kawasan pencawang elektrik.

Suruhanjaya itu memaklumkan sebagai peringatan tambahan, mana-mana pekerja atau individu membawa objek seperti tiang atau galah berhampiran dengan talian atas voltan tinggi (33 kilovolt - 132 kilovolt) boleh menyebabkan percikan arka atau letupan, walaupun talian tidak bersentuhan dengan objek tersebut.

"Ini kerana, voltan yang tinggi boleh melintasi udara dalam jarak yang dekat,” menurut kenyataan itu.

Individu menjalankan apa-apa aktiviti berhampiran pepasangan elektrik tanpa kebenaran sah daripada pihak pemegang lesen atau utiliti adalah menyalahi peruntukan Seksyen 37(12) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

ST dalam pada itu menasihatkan orang ramai atau mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti berkempen agar mengutamakan keselamatan dan berhati-hati akan bahaya elektrik.

Pihak terlibat dalam kerja-kerja pemasangan bahan kempen pilihan raya perlu peka berkenaan bahaya elektrik apabila menjalankan aktiviti berhampiran pepasangan elektrik yang boleh menyebabkan renjatan elektrik atau percikan arka, menurut kenyataan itu.

Sebarang kemusykilan atau aduan boleh hubungi ST melalui talian 03-8870 8800 atau e-mel ke [email protected]. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 2 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad