web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Serah Watikah Calon PRN Terengganu, Kelantan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 8:58AM

Anwar Ibrahim (tengah) bergambar selepas menyerahkan watikah calon dari Terengganu dan Kelantan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS -- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyerahkan watikah kepada calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu dan Kelantan pada 12 Ogos ini.

Bagi Terengganu, Anwar menyerahkan watikah itu kepada Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam, Eka Lisut (Manir) dan Osman Umar (Sura).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menyerahkan watikah kepada Azan Ismail iaitu calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. 

Bagi Kelantan, Anwar menyerahkan watikah kepada Zamakh Sari Ibrahim yang bakal berentap di DUN Pasir Pekan, Syed Mohd Alidustur Syed Md Zain (Panchor), Ezzat Hanuzi (Chetok), Zinda Khalil Sastro Hassan (Tanjong Mas), Aina Sayuty (Pasir Tumboh), Kamaruddin Mat Zin (Limbongan) dan Mohd Shukri Ishak (Mengkebang).  

Pada pertemuan singkat di Bilik Menunggu VVIP di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, beliau turut berpesan kepada semua calon agar berkempen secara harmoni dan sihat selain bergerak seiring dengan jentera parti bagi memastikan penerangan yang berkesan dapat disampaikan kepada rakyat.

Beliau juga menitipkan doa agar semua calon di bawah gabungan PH dan Barisan Nasional mampu melakar kejayaan di kedua-dua negeri dalam PRN kali ini.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek