web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyandang Tak Tercalon Perlu Beri Laluan Pada Muka Baharu - Loke

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 9:00AM

Anthony Loke (empat dari kiri) di majlis makan malam DAP Pulau PInang semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN  -- Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berharap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada parti itu yang tidak tercalon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini akan menerima keputusan tersebut dan memberi laluan kepada muka baharu.

Beliau berkata di Pulau Pinang, DAP telah mentadbir kerajaan negeri selama tiga penggal dan bakal memasuki penggal keempat, justeru terdapat keperluan untuk memperkenal muka baharu sebagai sebahagian daripada pelan peralihan parti untuk masa depan.

"Saya harap sebaik sahaja kami memuktamadkan senarai calon, semua pihak akan menerimanya termasuk penyandang yang tidak tercalon semula untuk bertanding. Memang ada penyandang kerusi DUN yang tidak akan dicalonkan semula.

"Ini bukan soal mahu menjatuhkan sesiapa sebaliknya kita berhasrat untuk membarisi senarai calon dengan muka baharu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam kutipan dana DAP Pulau Pinang di sini malam ini.

Turut hadir pemimpin veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang,  Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Loke berkata DAP Pulau Pinang dijangka mengemukakan senarai calon parti itu dalam tempoh beberapa hari lagi yang akan dibahas dan diputuskan oleh satu jawatankuasa yang dianggotai lima orang termasuk beliau.

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dan sebelum pembubarannya bulan lepas, DAP menguasai 19 dengan memenangi setiap kerusi yang ditandingi di antara tahun 2013 dan 2018.

Ditanya mengenai rancangan mereka untuk meraih undi orang Melayu, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan tumpuan kepada perkara itu dengan mengadakan lawatan kerja ke Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini.

"Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, beliau akan terus meluangkan lebih banyak masa untuk mendekati komuniti orang Melayu. Banyak jaminan yang perlu diberikan iaitu mereka tidak akan rugi apa-apa hanya kerana DAP berada dalam gabungan politik ini.

"Hasrat dan semangat Kerajaan Perpaduan adalah mentadbir negara ini secara stabil serta aman agar Malaysia dapat dibangunkan dan rakyat hidup sejahtera," katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 6 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga